Suami Isteri

Bermesraan Tanpa Berjimak Ketika Isteri Sedang Datang Bulan, Ini Hukumnya…

9
SHARES
BERMESRAAN KETIKA ISTERI HAID

Umum mengetahui, Islam melarang pasangan suami isteri untuk melakukan hubungan intim sepanjang tempoh haid. Walau bagaimanapun, bolehkah bermesraan ketika isteri haid secara seksual tanpa berjimak.

Terdapat beberapa jawapan mengenai perkara ini dan dinasihatkan untuk mengambil berat sebelum melakukan sesuatu. Ikuti penjelasannya di bawah.

Baca juga: Hukum Pakai Gelang Kaki Bagi Wanita Menurut Pandangan Islam, Jangan Main Guna Sahaja

BOLEHKAH BERMESRAAN KETIKA ISTERI HAID, INI HUKUMNYA

BERMESRAAN KETIKA ISTERI HAID

Hal ini termasuklah berseronok atau bermesraan secara seksual di antara pusat hingga lutut menurut mazhab al-Syafie.

Imam al-Mawardi mentafsirkan tiga pendapat bahawa:

1. Meninggalkan seluruh badan isterinya daripada mubasyarah (dinikmati secara seksual dan secara langsung). Inilah pendapat Ubaidah al-Silmani.

2. Meninggalkan (mubasyarah) pada bahagian di antara pusat dan lutut. Ini pendapat Syuraih.

3. Meninggalkan (persetubuhan) pada faraj. Inilah pendapat Aisyah, Maimunah, Hafsah dan Jumhur ahli tafsir. Rujuk al-Nukat wa al-`Uyun (1/238)

Al-I’tizal (الاعتزال) bermaksud meninggalkan persetubuhan. Jadi, mubasyarah (bermesraan secara seksual secara langsung tanpa lapik) antara suami isteri pada bahagian antara pusat dan lutut adalah dilarang.

Namun begitu, hal ini berbeza jika perbuatan bermesra itu dilakukan dengan lapik seperti kain atau pakaian. Daripada Maimunah R.Anha:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُبَاشِرُ نِسَاءَهُ فَوْقَ الْإِزَارِ وَهُنَّ حُيَّضٌ

Maksudnya: “Bahawasanya Rasulullah ﷺ bermesraan secara seksual dengan isteri-isteri Baginda pada bahagian atas daripada izar (pakaian yang menutup pertengan badan yakni antara pusat dan lutut) sedangkan mereka berada dalam keadaan haid.” Riwayat Muslim (no. 294)

Terdapat juga pendapat kedua dalam mazhab al-Syafie menyatakan bahawa tidak diharamkan perbuatan mubasyarah di antara pusat dan lutut.

Perkara yang diharamkan hanya persetubuhan dan larangan beristimta’ antara pusat dan lutut hanylah larangan bersifat makruh yang meninggalkan adalah digalakkan.

Jika seorang lelaki menyetubuhi isterinya sedangkan dia sedang haid dab darahnya berwarna merah maka hendaklah dia bersedekah dengan satu dinar. Sekiranya darah sudah berhenti maka hendaklah dia bersedekah dengan separuh dinar.

Bayaran tersebut perlu dibayar oleh suami dan bukan isteri kerana lelaki itu yang menyetubuh. Hal ini sama juga sekiranya bersetubuh apabila berhenti haid tetapi belum mandi wajib, maka sunat dibayar denda dengan separuh harga dinar.

Baca juga: Hukum Letak Al-Quran Dan Yasin Bawah Bantal Ketika Tidur Untuk Elak Gangguan Jin

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×