Hebahan

Membeli Sambil Beramal – Ini Antara Aktiviti Amal Yang Anda Boleh Buat Di TBC Setia Alam

5.8K
SHARES

Nak membentuk akhlak dan keperibadian anak bukanlah perkara yang mudah. Semuanya kena bermula dari rumah dan penting untuk ibu bapa jadi suri teladan buat anak-anak. Salah satu cara mudah adalah dengan menunjukkan kelakuan yang baik depan mereka.

Haaa..Dengar cerita TBC Elektrik bakal mengadakan jualan amal. Inilah peluang anda untuk tunjukkan teladan yang baik kepada anak. Sambil membeli-belah dapat juga beramal.

Pembukaan Semula TBC Setia Alam dengan Kempen “WeCare WeLove”

Berita menarik! TBC Setia Alam akan mengadakan jualan besar-besaran sempena pembukaan semula kedai mereka pada 24 Januari 2019 hingga 3 Februari 2019. Datang untuk beli barangan elektrik dengan harga berpatutan! ?

TBC Setia Alam turut mengadakan Kempen “WeCare WeLove” dalam jualan tersebut. Anda boleh membeli barangan elektrik sambil melakukan amal kebajikan. Bukan senang nak dapat peluang macam ni. ?

Ini antara aktiviti amal yang anda boleh lakukan sepanjang Pembukaan Semula TBC Setia Alam. Jom! ?

Beli barangan elektrik, sebahagian hasil jualan terakhir akan disumbangkan ke rumah kebajikan

Sewaktu Pembukaan Semula TBC Setia Alam, anda boleh beli pelbagai barangan elektrik dengan harga berbaloi. ? Antaranya televisyen, peti sejuk, mesin basuh, penghawa dingin, vakum dan banyak lagi lah! Anda pasti rambang mata nanti!

Sebahagian daripada hasil jualan terakhir akan disumbangkan ke tabung kebajikan Rumah Amal Budi Bistari, Rumah Al-Mahabbah dan Persatuan K.I.D.S. Bagusnya boleh membeli sambil menderma! ?

Beli barangan terpilih yang dijual, hasil jualan akan terus didermakan juga

Pembukaan Semula TBC Setia Alam bukan je dijual barangan elektrik. Anda juga boleh beli barangan terpilih yang dijual. Antara barangan terpilih ialah tuala mandi, termos dan beg laptop. Hasil jualan itu juga akan didermakan terus ke rumah-rumah kebajikan tersebut. Terbaik! ?

Apa yang menarik perhatian kami, TBC Elektrik bukan saja menggalakkan anda untuk menderma tapi mendidik anda untuk menjaga alam sekitar. ☘️ ☘️ Wah, biar betul?

Bawa barangan untuk dikitar semula sepanjang jualan diadakan. let’s recycle!

Tahu tak anda juga boleh kitar semula dengan TBC Elektrik? Bawa barangan untuk dikitar semula sepanjang Pembukaan Semula TBC Setia Alam. Take note yang sesetengah barang tak boleh dikitar semula di TBC Elektrik. Tengok gambar di atas untuk lebih faham. ?

Bersihkan dulu barangan tersebut sebelum beri kepada pihak TBC Elektrik untuk dikitar semula ya. Janganlah bagi barang dalam keadaan kotor. Tak elok begitu. Nak jaga alam sekitar, kena pastikan ianya bersih. Betul tak? ?

Begitu la antara aktiviti amal yang anda boleh lakukan di TBC Setia Alam. Sambil membeli, sambil menderma. Memang kena ambil peluang berharga macam ni siap-siap. Setuju sangat! ?

Kat bawah ni lebih jelas tentang event  tersebut. Jangan lupa ajak keluarga anda sekali. ? ?

PEMBUKAAN SEMULA TBC SETIA ALAM

Tarikh: 24 Januari 2019 hingga 3 Februari 2019
Masa: 10.30 pagi hingga 9.30 malam
Alamat: No. 2-1-1 to 2-4-2, Jalan Setia Prima (G) U13G,
Setia Alam, Seksyen, U13 Shah Alam,
40170 Shah Alam, Selangor
Waze: https://waze.com/ul/hw281s7vfd
Google Maps: https://goo.gl/maps/8GG1rrMzrZQ2
No. Tel: 03-3359 7377

Jom ramai-ramai ke TBC Setia Alam. Seronoknya bila dapat tahu ada event  dengan kempen amal macam ni. Anda pun mesti rasa begitu kan? ? Follow  Facebook TBC Elektrik Sdn Bhd untuk info lebih lanjut ya.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×