Nur

Lengkap Pelbagai Fungsi Canggih, Aplikasi Waktu Solat Malaysia Pilihan Utama Muslim!

33
SHARES

Kalau anda nak tahu, aplikasi Waktu Solat Malaysia merupakan aplikasi mesra pengguna khusus buat Muslim. Buat para pengguna aplikasi ini, anda boleh mengakses menu Halaqah, Tanyalah Ustaz, Nur, Media, Al-Quran, Wuduk, Wirid, Zikir, Doa dan cara melaksanakan ibadah solat dengan sempurna.

Malah, kandungan aplikasi ini juga boleh dikongsi oleh aplikasi luar seperti WhatsApp dan Telegram. Canggih tu!

Baca juga: Sah Atau Tidak Berwuduk Guna Tisu Basah (Wet Wipes)? Ini Jawapannya..

Lengkap Pelbagai Fungsi Canggih, Aplikasi Waktu Solat Malaysia Pilihan Utama Muslim!

Bukan itu sahaja, anda dapat juga menukar ke Mod Malam yang bergaya dan boleh digunakan di semua jenis platform. Terdiri daripada kalendar Hijriah dan Gregorian, aplikasi ini juga mudah untuk perjalanan jauh kerana mempunyai perubahan Lokasi Auto dan semua sumber data daripada E-JAKIM.

Aplikasi Waktu Solat Malaysia ini juga mudah untuk peringatan di mana anda boleh menetapkan penggera untuk setiap waktu solat.Bukan itu sahaja, mudah juga untuk anda mencari arah Kibla kerana mempunyai Kompas Magnet Digital, jadi telefon akan bergetar apabila arah Kiblat betul.

TERIMA KASIH KERANA PILIH WAKTU SOLAT MALAYSIA

Bukan itu sahaja, buat semua pengguna Waktu Solat Malaysia, terima kasih kerana memilih ini untuk panduan waktu solat anda dan terima kasih juga atas sokongan dan maklum balas yang baik. Pihak Waktu Solat Malaysia juga dalam proses menambah baik & mengeluarkan ciri dan kandungan yang lebih berkualiti supaya anda dapat duduk di rumah dan dapatkan ilmu daripada Apikasi Waktu Solat Malaysia.

Jadi, anda boleh muat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia di Google Play dan App Store.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×