Suami Isteri

Macam Mana Nak ‘Puas’ Kalau Pasangan Capai Klimaks Palsu, Para Suami Kena Tahu Tandanya!

13
SHARES
klimaks wanita

Merasai kepuasan semasa melakukan hubungan intim atau seks bersama pasangan suami isteri amatlah penting. Bukan sahaja untuk memuaskan keinginan neutral masing-masing, malah ini merupakan salah satu cara bagi mendapatkan zuriat. Namun, menurut National Survey of Sexual Health Behaviour menyatakan hanya 64% wanita alami klimaks sebenar dan klimaks wanita lain adalah palsu!

Jadi, apa yang menandakan bahawa pasangan anda sedang berpura-pura mencapai orgasme atau klimaks yang suami kena perhatikan? Awasi 5 tanda-tanda ini ya!

Baca jug: 14 Emoji Makanan Ini Selit Unsur Seksi, Hantar Yang No. 13 Itu Pada Suami, Mengancam Jiwa!

INI TANDA KLIMAKS WANITA ADALAH PALSU, PASANGAN KENA ‘ALERT’!

klimaks wanita

Foto: ASweatLife

Berikut merupakan tanda-tandanya:

1.Kadar pernafasannya adalah normal

Jika kadar pernafasannya terlihat masih terkawal dan tidak termengah-mengah ini bermakna wanita tersebut sedang ‘berlakon’. Apabila wanita mencapai klimaks, kadar pernafasan, kadar nadi dan tekanan darahnya naik dan kemudian perlahan-lahan turun. Dia mungkin akan menutup matanya apabila dia mencapai klimaks.

2.Dia mencapai klimaks terlalu cepat

Wanita mengambil masa lebih daripada 20 minit untuk mencapai klimaks. Oleh itu, jika dia memberitahu anda bahawa dia akan orgasme dalam 10 atau 15 minit, kemungkinan besar dia sedang berbohong. Ingat, anda perlu berada dalam kedudukan di mana anda merangsang kelentitnya untuk membuatnya mencapai seperti O besar. Cuba posisi seks yang betul untuk memberikan pasangan anda mendapat klimaks yang sepatutnya.

3.Dia tidak meneran atau berpeluh

Jika pasangan anda mencapai orgasme, anda akan mendapati peluh di dahi atau belakang lututnya. Malah, anda boleh melihat muka dan dadanya memerah, jadi jika anda tidak mendapati dia seperti meneran, dia mungkin sedang berpura-pura.

4.Dia tidak mengalami kontraksi faraj

Apabila seorang wanita mencapai klimaks, rahimnya akan mengecut, mengepal dengan cepat pada zakar anda. Jika dia mencapai klimaks, farajnya akan mengecut 10 hingga 15 kali ganda. Walau bagaimanapun, jika anda memakai kondom, anda mungkin akan sedikit sukar untuk merasai kontraksi tersebut. Jika anda cuba memasukkan jari ke dalam bahagian sulit pasangan, kontraksi boleh menjadi sangat ketara.

5.Badannya tidak mengecut

Seluruh badan mengecut selama beberapa saat apabila wanita mencapai orgasme yang sebenar-benarnya. Mungkin terdapat pembengkakan payudara yang minimum dengan puting menjadi lebih menonjol. Jika anda tidak perasan sebarang perubahan ini, itu bermakna hanya orgasme palsu semata-mata.

klimaks wanita

Foto: The Indipendent

*Setiap pasangan sudah semestinya mahukan kepuasan masing-masing bukan?

Baca juga: Air Mani Suami Boleh Bantu Hilangkan Kemurungan Isteri, Tak Sangka Betul Ya!

Sumber: TheHealthSite.com

FT Image: Freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×