Famili

‘Pagar’ Rumah Dari Gangguan Makhluk Halus Dengan Tanam 4 Jenis Pokok Ini

57
SHARES
gangguan makhluk halus

Buat anda yang suka menanam pokok, pasti tidak terlepas untuk menanam pokok yang memberikan manfaat buat rumah atau keluarga. Bukan sahaja tanaman yang boleh dimakan malah ada beberapa jenis pokok yang disarankan untuk tanam supaya dapat mengelakkan gangguan makhluk halus.

‘Memagar’ rumah dari segala gangguan ini merupakan antara ikhtiar yang boleh dilakukan, dan sudah disarankan oleh pakar dalam rawatan perubatan Islam. Pokok apakah itu?

Baca juga: Cara Elak Kena Sihir Melalui Gambar, Ikut Panduan Ini Sebelum Muat Naik Di Media Sosial

KELEBIHAN TANAM 4 POKOK INI PAGAR RUMAH DARI GANGGUAN MAKHLUK HALUS

gangguan makhluk halus

Selain amalan membaca Al-Quran dijadikan sebagai ‘memagar rumah’, ibadah-ibadah seperti solat sunat perlu dilakukan juga di rumah selain di masjid sebagai pendinding daripada gangguan syaitan.

Ada juga perkongsian daripada Ustaz Mohammad Yaakub Yusra menerusi paparan video boleh dijadikan panduan buat kita semua dalam usaha melindungi diri dan rumah daripada gangguan makhluk halus. Katanya, terdapat beberapa jenis pokok yang elok tanam sebagai ikhtiar mengelakkan daripada gangguan tersebut.

Ustaz Yaakub berkata, makhluk halus seperti jin, iblis tidak menyukainya kehadiran pokok-pokok berkenaan dan berupaya ‘menawarkan’ sihir.

“Kalau orang nak sihir kita, ia susah untuk menembusi apabila ada pokok-pokok ini, dengan izin ALLAH. Bukan kita bergantung kepada pokok-pokok itu, tetapi ia adalah ikhtiar. ALLAH yang tetap yang menyembuhkan,” katanya.

Antara pokok tersebut adalah seperti berikut:

1)Pokok durian belanda

2)Pokok limau nipis

3)Pokok limau purut

4)Pokok bidara

Katanya, pokok-pokok itu tidak perlu bersaiz besar. Asalkan ia ditanam dan hidup, sudah memadai walaupun masih kecil. Bukan itu sahaja, buat golongan wanita yang sedang dalam keadaan uzur seperti haid dan nifas, boleh juga ikhtiar perlindungan daripada gangguan dengan mandi menggunakan air daun bidara.

“Ketika dalam keadaan uzur, tubuh wanita akan lemah dan makhluk halus mudah menyerang.

“Untuk membuat air mandian menggunakan daun bidara, daunnya perlu diramaskan di dalam air dan dijadikan air mandi.“Tiada ada jumlah daun tertentu diperlukan, 21, tujuh atau satu helai. Nilai tidak wajib, ia hanya alternatif sahaja,” katanya.

*Jadi, selain pokok yang penuh dengan bunga-bungaan di taman rumah, anda boleh juga selit salah satu jenis tanaman ini juga ya!

gangguan makhluk halus

Baca juga: Nampak Comel Tapi Sangat Ganas, JANGAN Biarkan Anak Tonton 6 Rancangan Kartun Ini!

Sumber: Murtadha TV, Tiktok Yanaminikebun

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×