Suami Isteri

3 Perkara Yang Dianggap Remeh Tapi Boleh Jadi Punca Rumah Tangga Musnah!

3
SHARES
rumah tangga

Oleh kerana terlampau banyak kes yang melibatkan perpisahan pasangan suami isteri yang berlaku sekarang, ramai dalam kalangan orang kita yang mula menjadi risau. Mana tidaknya, rumah tangga yang dibina atas nama cinta kini hancur begitu sahaja hanya kerana tidak mempraktikkan amalan yang dianggap remeh ini.

Ini merupakan 3 asas proses hubungan suami isteri menjadi lebih kuat dan tidak tergugat dengan gangguan yang datang. Anda mungkin anggap remeh tetapi kalau 3 perkara ini dijaga, insyaAllah hubungan jadi lebih kuat!

Baca juga: Hukum Wanita Bujang Whatsapp Suami Orang, Jangan Jadi ‘Punca’ Ya!

3 PERKARA YANG DIANGGAP REMEH TAPI JADI PUNCA ROSAK RUMAH TANGGA

rumah tangga

1. Hadap telefon/gajet memanjang

Gadget sebenarnya boleh menyebabkan ketagihan. Tambah lagi yang suka tengok video di telefon bimbit. Tiktok, Instagram, Facebook. Lepas habis satu, terus naik lagi satu. Memang melekat jelah mata di telefon. Setkan peraturan bila boleh tengok telefon. Dulu kami kerap bergaduh tentang telefon. Yelah dah buat bisnes di phone kan. Sehinggalah kami bersetuju dengan peraturan:

-Tidak menggunakan telefon ketika memandu
-Penumpang sebelah dalam kereta tidak menggunakan telefon
-Tidak menggunakan telefon sewaktu makan dengan keluarga
-Tidak menggunakan telefon ketika meluangkan masa dengan pasangan dan anak-anak
-Tidak menggunakan telefon apabila berkomunikasi secara fizikal

Contohnya pasangan tengah nak bercerita, atau luah perasaan ke, janganlah dengar sambil hadap telefon. That is so rude. Atau tengah sama-sama membeli-belah, tapi sorang hadap phone memanjang. Lebih baik tak payah membeli-belah sama-sama kan. Mungkin kita rasa ada sesetengah aktiviti tu tak berkait dengan kita. Contoh tengah shopping ikan, ayam, sayur suami mungkin rasa lauk basah tu tak berkait dengan dia dan dia tak reti menyumbang pun dalam membuat pemilihan lauk, so lebih baik dia main phone je. Spesis orang macam ni, lebih baik tak payah dijamu makan nanti. Selfish. Dia fikir isteri tu bibik dia ke?

2. Melengahkan solat

Solat awal waktu memang sangat bagus sebab melatih diri berdisiplin. Solat awal waktu juga menzahirkan kebergantungan kita kepada Allah. Kita nak cepat-cepat buat perkara yang Allah suka, supaya Allah juga sentiasa memelihara hidup kita. Cuba perhatikan kalau hidup keluarga kita porak peranda, mungkin disebabkan lalai dalam solat, lama tak baca Al-Quran, kurang tazkirah dan ta’lim dalam keluarga etc.

Suami selaku ketua keluarga perlu memastikan seluruh ahli keluarga dekat kepada Tuhan. Hati yang sering mengingati Tuhan adalah hati yang lembut dan lunak. Hati yang jauh dari Tuhan akan selalu keras, degil dan memberontak.

3. Tidak jaga waktu tidur

Orang zaman dahulu, hidupnya tak banyak distraction/ gangguan. Jadi banyak masa dihabiskan bersama keluarga termasuklah tidur bersama. Zaman sekarang banyak distraction seperti phone, game, mamak dan sebagainya. Jadi ramai yang sebenarnya konon bersama keluarga tapi sebenarnya hanya jasad sahaja disitu.

Contoh begini: Isteri tidur jam 10 malam, suami main game sampai jam 2 pagi atau sama-sama baring atas katil, tapi masing-masing hadap telefon berjam-jam sehingga tertidur atau suami dah tidur jam 12 pm, isteri tengok Shopee sampai 4 pagi. Atau isteri tidur dengan bayi di satu bilik, suami tidur di sofa ruang tamu sebab taknak diganggu tangisan anak. Kononnya alasan kerja esok, maka kena cukup tidur.

Pasti akan ada hati yang terasa dan wujudnya masalah komunikasi. Padahal waktu sebelum tidur lah untuk suami isteri berkongsi cerita, meluah rasa-rasa kalau ada tak puas hati, meminta maaf dan sebagainya. Pillow talk kata orang. Hilang elemen ini akan menjadi punca keluarga mula berantakan.

rumah tangga

Foto: Islampos

*Sekarang ni kes perceraian meningkat mendadak, cuba fikir apa bezanya dulu dan kini. Mungkin 3 perkara di atas ini yang tidak dijaga. Bolehlah audit keluarga semula, semoga keluarga kita menjadi gembira dan selamat untuk semua ahli keluarga.

Baca juga: 9 Tips Untuk Para Suami ‘Handle’ Perangai Isteri Dominan & Suka Lawan Cakap

Sumber: Maryam Aziz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×