Famili

Suami Pakai Benda Merepek, Isteri Berdarah Satu Badan Lepas ‘Bersama’!

23
SHARES

Terasa ngilu dan seram bila penulis membaca kisah benar ini. Kesakitan yang dialami isteri ini tak tergambar, selepas si suami menggunakan cincin penis ketika mereka ‘bersama’.

Wahai suami, lebih baik elak menggunakan benda-benda yang ‘merepek’ ini ketika melakukan hubungan seks bersama isteri. Mari ikuti cerita yang dikongsikan oleh Doktor Muhammad Izzat di akaun Twitternya untuk dijadikan pengajaran kepada diri kita semua.

Baca juga: “Alahh 5 Sen Je Pun Baki, Apa Nak Berkira”- Pengajaran Buat Penjual Jangan Ambil Kesempatan!

ELAK PAKAI BENDA ‘MEREPEK’ SEWAKTU MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS

Gambar hiasan: Google.

Melalui perkongsian dari Doktor Izzat, jalan cerita dan watak telah diubah dari kisah sebenar bagi menjaga kerahsiaan dan privasi pesakit.

Jam menunjukkan 3 pagi. Baru nak luruskan pinggang baring dekat katil, patient caesar non-stop malam tu. Tiba-tiba phone berbunyi lagi. Ahh sudah…

“Assalamualaikum Dr Izzat, gynae oncall harini kan? Sorry ganggu pepagi buta ni, saya nak discuss satu kes dari jabatan kecemasan ni.”

“Waalaikumussalam. Okok, kes apa tu?”

“Ada patient ni, umur 20an, dah berkahwin. Datang dengan pendarahan pervaginal (faraj) secara tetiba. Dekat umah dah penuh basah kain batiknya. Katanya darah tak berhenti-henti. Saya dah resus tadi. Patient alert( sedar diri) dan stabil.”

“UPT ( urine pregnancy test ) dah buat ke? Bukan period ke tu? Ada buat bedside scan? Ada masalah kesihatan apa-apa sebelum ni?”

“UPT negative Dr. Kalau ikutkan pesakit minggu lepas baru habis period. Saya scan tadi looks normal. Pesakit sihat sebelum ni, no known medical illness. Tak pernah ada masalah pun dengan period. Yang saya pelik, darah tu fresh bleeding memang actively profuse (mengalir tak berhenti-henti). Saya try nak insert speculum, tapi patient tak berikan kerjasama.”

“Ok. Don’t force her. Nanti saya buat. At the meantime, you bagi IV Tranexamic acid stat (ubat untuk bantu berhentikan darah) dulu. Saya on the way.”

“All right Dr!”

SEHINGGA PESAKIT PAKAI PAD HOSPITAL PUN MASIH PENUH DARAH

Masa saya sampai, patient dah pakai pad (hospital punya) tu pun dah penuh darah.

“Mariam. Dr Izzat ni. Awak ok ke?”

“Saya ok doktor. Cuma pening-pening.”

“Apa jadi tadi ? Cerita dari awal, terus-terang. Saya nak bantu awak.”

“Tadi sebelum tidur, saya ‘bersama’ dengan suami. Sebelum ni ok je doktor. Cuma kali ini sakit sangat, saya pun taktahu kenapa. Lepas bersama tu, berdarah banyak sampai sekarang. Dekat umah kain batik saya penuh darah doktor. Siap ada darah beku.”

“Ok mariam saya kena periksa bahagian bawah tu, kena masukkan alat bernama speculum ni.”

“Doktor buat slow-slow eh. Tadi dorang dah cuba, tapi sakit sangat.”

MASUK SPECULUM UNTUK PERIKSA, MEMBUAK-BUAK DARAH KELUAR

Masuk speculum. Membuak darah. Langsung tak nampak dari mana datang pendarahan tu. Bertakung speculum dengan darah. Allahu. Mata yang mengantok ni pun terus jadi terang!

“Ok mariam, saya rasa kena periksa awak dekat dalam dewan bedah sebab nanti akan bagi awak bius penuh. Senang saya nak locate dekat mana bleeding tu. Examination under anaesthesia (EUA). Awak selesa dan tidur, saya boleh check properly. Kalau macam ini awak kepit-kepit saya tak boleh buat kerja.”

Ok prepare patient for EUA! Standby blood. Sekejapan patient dalam dewan bedah.

Maka saya pun masuk speculum, dengan peralatan suction Yankauer (sejenis penyedut ). Pesakit pun dah tidur, maka senang nak visualize cervix dan dinding vagina. Mencari-cari manalah datangnya darah macam air paip.

Gambar hiasan: Google.

RUPANYA ADA KOYAKAN PADA BAHAGIAN BELAKANG PANGKAL RAHIM

Rupanya ada koyakan pada bahagian belakang pangkal rahim (serviks). Memang memancut darah dari situ.

Fuh, berpeluh ketiak juga nak menjahit dalam ruang yang sempit dan ke dalam itu. Dengan misi dewan bedah (scrub nurse) yang sangat efisyen membantu.

Alhamdulilah, boleh la menjahit koyakan dalam yang berdarah tu. Yang peliknya, macam mana dia ‘bersama’ suaminya sampai koyak teruk macam itu?

“Encik, suami puan Mariam?”

“Ya saya.”

Pandang lah atas bawah. Dalam hati, saiz pun biasa-biasa je. Awatlah boleh koyak sampai begitu?

PUNCANYA CUBA CINCIN PENIS SEWAKTU ‘BERSAMA’…

“Encik saya tanya sikit soalan peribadi yang agak sensitif. Encik kena berterus-terang. Masa bersama isteri tadi, ada pakai apa-apa ke pada anu?”

“Saya baru try satu cincin penis ni doktor. Orang kata bagus untuk tahan lama. Baru first time pakai tadi, tetiba orang rumah berdarah tak berhenti-henti pula.”

Jam dah pukul 5 pagi, tak mampu dah aku nak bebel-bebel. Seriuss aku tak mampu.

“TOLONGLAH JANGAN BUAT NAYA KAT ISTERI, YANG SAKIT BERANAK PUN DIA…”

Menjengah di ruangan komen, ternyata ramai dalam warga netizen menasihatkan para suami agar sebaiknya tidak memakai benda yang bukan-bukan ketika melakukan hubungan seksual.

Hal ini kerana, kesan dan kesakitan yang teruk itu dialami oleh para isteri. Justeru itu, wahai suami kasihanilah dan belailah isteri dengan cara yang lembut dan betul.

Sumber: Twitter Muhammad Izzat OBGYN

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×