Sihat

11 Cara Mengatasi Hidung Tersumbat, Yang Buat Kita Susah Bernafas

284
SHARES
Penyakit kanak-kanak

“Demam dah kebah, batuk pun dah kurang tapi tak hilang-hilang selesema ni. Nak bernafas pun semput, hidung asyik tersumbat. Nak tidur lagilah tak selesa, kena tidur duduk, kalau baring tak boleh nak bernafas. Macam mana lah nak legakan hidung tersumbat ni”

Memang ‘seksa’ kalau hidung tersumbat, tersekat-sekat pernafasan sampai rasa stres dan pening kepala.

Nasib baik, masalah ini boleh diatasi dengan cara yang murah dan mudah.

Penyakit kanak-kanak

Foto Kredit: wellcommons.com

11 Cara Legakan Hidung Tersumbat Dengan Berkesan

1. Elak hembus hidung dengan kuat

Ia akan menyebabkan masalah tersumbat lebih teruk dan membran lembut dalam hidung bertambah radang.

2. Pasang humidifier/vaporizer

Stim yang keluar daripada humidifier/vaporizer membantu mendapatkan tidur yang lena kerana ia membuka ruang pernafasan dengan lebih luas.

tidur berdengkur

Foto Kredit: homecrux.com

3. Mandi air panas

Wap yang keluar daripada haba panas membantu melancarkan pernafasan. Jika tidak mahu mandi, memadai menyedut wap panas.

Cara Mandi Wajib Yang Betul, Untuk Lelaki & Perempuan Dari JAKIM

Foto Kredit: patdolanplumbing.com

4. Sedut wap panas

Masak air panas dan masukkan dalam bekas. Sedut wap panas sehingga selesa bernafas.

Legakan hidung tersumbat

Foto Kredit: verywell.com

5. Minum & makan cecair yang banyak

Amalkan pengambilan cecair seperti air, sup dan teh herba yang banyak sewaktu hidung tersumbat.

Ini kerana ia akan mengurangkan mukus dalam hidung yang menyebabkan hidung tersumbat.

masalah keputihan

Foto Kredit: blog.doctoroz.com

6. Tuam kawasan hidung

Basahkan tuala dengan air panas dan tekap kawasan batang hidung.

Elak letak pada laluan udara. Lakukan berulang kali hingga anda dapat legakan hidung tersumbat dan bernafas dengan selesa.

rawatan bisul

Foto Kredit: bonnelogia.com

7. Sapu minyak

Sebelum tidur, sapu minyak aromaterapi seperti eucalyptus, minyak tea tree, atau krim yang sesuai pada leher dan dada untuk memudahkan pernafasan.

?????????

8. Hidu ‘vapour rub’

Sapu ‘vapour rub’ pada tisu dan hidu. Menthol dan eucalyptus di dalamnya memberi kelegaan pada hidung yang tersumbat.

9. Pakai pelekat pada hidung

Pelekat hidung ini biasanya untuk orang berdengkur.

Meskipun fungsi utama ‘nasal adhesive strip’ ini adalah untuk mengurangkan dengkur, namun ia juga boleh membantu pernafasan dengan selesa.

punca tidur berdengkur

Foto Kredit: amazon.com

10. Makan makanan pedas

Perasan kan bila sedang seronok makan pedas, air akan keluar daripada hidung.

Jadi makanlah pedas untuk membantu mengeluarkan lebihan cairan dalam hidung yang membuatkan hidung tersumbat.

Tempat Menarik di Melaka

Foto Kredit: foursquare.com

11. Calit ‘peppermint oil’ di bawah hidung

Tuang setitik ‘peppermint oil’ pada jari dan calit di bawah hidung.

Tarik nafas dalam-dalam

Tarik nafas dalam-dalam

Mudahnya Legakan Hidung Tersumbat!

Segera lakukan cara di atas untuk mengelakkan hidung tersumbat. Mudah, murah, dan berkesan!

Memang tidak selesa bila berada dalam keadaan ini kerana ia boleh mengganggu kehidupan seharian.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×