Sihat

Punca Radang Sinus (Sinusitis) & Cara Atasinya Sebelum Lebih Teruk!

49
SHARES

Masalah sinus merupakan antara gejala yang berlaku dalam kebanyakkan orang. Rasa tidak selesa di kawasan sekitar hidung dan pipi, masalah ini sebenarnya boleh bertukar kepada penyakit yang lenih serius. Hal ini apabila, masalah yang dikenali sebagai sinusitis akan menyebabkan dinding sinus bengkak dan jangkitan yang lebih kritikal! Ini punca radang sinus (sinusitis) dan cara mengatasinya anda perlu tahu.

Baca juga: Viral Mandikan Bayi Ekzema Guna Peluntur, Ini Jawapan Doktor

PUNCA SINUSITIS & CARA MENGATASINYA

punca sinus

Penyakit sinusitis adalah jangkitan atau radang sinus yang boleh disebabkan daripada jangkitan virus, bakteria atau fungus. Terdapat dua faktor yang boleh menjadi punca jangkitan kuman di dalam rongga sinus.

-Rongga sinus tersumbat

-Kuantiti mukus yang meningkat

1. Laluan sinus tersumbat.

punca sinus

Sumbatan berlaku disebabkan dinding di dalam sinus membengkak disebabkan jangkitan kuman ataupun trauma. Ia juga boleh disebabkan polip hidung, ketumbuhan balam rongga hidung, struktur/ruang hidung yang sempit dan benda asing yang menutupi lubang ostia.

2. Kuantiti Mukus Meningkat

Mereka yang mempunyai alergi hidung dan asthma, berisiko untuk mendapat sinus. Ini kerana, jika mucus akan terhasil dengan banyak jika terdedah dengan bahan yang alergik. Habuk, hama, asap rokok adalah contoh punca kepada peningkatan kuantiti mukus.

Apabila tersumbat, mukus di dalam rongga tersebut tidak dapat dikeluarkan. Lalu tempat ini menjadi tempat pembiakan bakteria dan menyebabkan keradangan di dalam rongga sinus.

Bagaimana mengatasinya?

Hidung perlu sentiasa dibersihkan bagi mengelakkan mucus berada di dalam hidung pada masa yang lama dan menyebabkan masalah kepada sinus. Gunakan air garam. (contoh di komen). Terdapat beberapa komplikasi yang boleh dihadapi oleh pesakit Resdung iaitu:

-Keradangan sinus: Sinus merupakan rongga kosong di tengkorak bahagian muka dan kepala.

-Otitis media: Jangkitan kuman di bahagian tengah saluran telinga iaitu di belakang gegendang telinga.

-Sleep Apnea: Berhenti bernafas terutamanya ketika waktu tidur. Tiub Eustachian yang bermasalah.

Kalau keadaan bertambah terus, pastikan anda mendapat rawatan dari pakar ya!

Sumber: Public Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×