Sihat

Viral Mandikan Bayi Ekzema Guna Peluntur, Ini Jawapan Doktor

2.5K
SHARES

Penyakit kulit ekzema bukanlah masalah kulit yang asing lagi buat ramai orang. Namun, tahukah anda mengenai kewujudan mandian peluntur sebagai salah satu kaedah merawatnya? Mungkin kedengaran aneh dan masih ramai yang tidak tahu, tips ini juga viral di laman media sosial apabila ada seorang ibu menggunakan teknik ‘bleach bath’ ini kepada bayi ekzema yang mempunyai masalah kulit tersebut.

Baca juga: Anak Cepat Penat Menulis? Ini Jenis Mainan Kuatkan Jari Anak Boleh Beli Di Shopee

VIRAL MANDIKAN BAYI EKZEMA GUNA PELUNTUR, SELAMAT KE?

ubat ekzema bayi

Menerusi satu rakaman video di laman Tiktok, dapat dilihat seorang ibu sedang memandikan anaknya yang masih lagi bayi. Menimbulkan pertanyaan ramai adalah, anda dapat lihat ibu tersebut menuangkan sedikit cecair peluntur ke dalam air mandian tersebut. Bayi tersebut mempunyai penyakit kulit ekzema dan ini membangkitkan kerisauan dalam kalangan ibu yang membayangkan apakah kesan kepada kulit bayi ekzema yang sangat sensitif.

Tampil di laman Tiktok juga seorang doktor dikenali sebagai Dr.Ingky, memberikan penjelasan terbaik bagi situasi berkenaan. Jelasnya, untuk pengetahuan anda penggunaan cecair peluntur dalam mandian adalah sangat membantu terutama sekali bagi individu dan bayi yang mempunyai masalah ekzema.

SELAMAT DIGUNAKAN, CAMPUR SUKATAN BETUL

Bukan sahaja dapat menghapuskan kuman, malah dapat mengurangkan kesan merah serta elak daripada tindakan menggaru akibat kegatalan.

Turut dikongsikan di portal Hello Doktor juga, mandian peluntur ini selamat digunakan oleh kanak-kanak serta orang dewasa jika dicampur dengan betul. Sukatannya adalah:

-Tambah 1/4 hingga 1/2 cawan peluntur ke dalam tab mandi yang berisi 151 liter air suam.

-Rendam badan dari kawasan leher ke bawah selama 10 minit.

Gunakan teknik mandian peluntur ini selama seminggu sekali atau seminggu dua kali untuk nampak kesan positif.

Sumber: Dr_Ingky, Hello Doktor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×