DIY & Kraf

Cara Tanam Pokok Mulberi, Berbuah Dengan Lebat & Mudah Jaga!

44
SHARES

Pernah makan buah mulberi? Rasanya seperti buah beri yang lain iaitu masam dan manis. Lagi seronok kalau makan selepas dipetik. Fresh! Selain dimakan begitu sahaja, buah mulberi boleh dijadikan jem, jus buah dan lain-lain.

Lebih menariknya, nak tanam pokok mulberi ni senang sahaja. Penjagaan pun mudah dan berbuah dengan lebat dengan subur serta gemuk-gemuk. Oleh itu, mari kami kongsilkan cara betul dan mudah. Boleh la lepas ni tanam di rumah.

Baca juga: Cara Mudah Nak Tanam Pokok Ketumbar, ‘Confirm’ Menjadi!

CARA TANAM POKOK MULBERI, BERBUAH DENGAN LEBAT

Saya baru dapat ilmu baru dari seorang sahabat yang sudah cuba. Pokok mulberi boleh berbuah lebat. Kebetulan saya ada pokoknya. Mulberi kampung je. 

Ini teknik yang akak gunakan:

– Mula cantas semua pucuk dan luruhkan semua daun hingga pokok jadi betul-betul togel. Insyaallah pokok tak kan mati ya. Ini adalah cara untuk memaksa pokok berbuah. Akan tumbuh banyak tunas-tunas baru beserta dengan putik-putik buah.

pokok mulberi

– Kemudian apabila buah dah ada sikit-sikit warna merah, luruhkan semua daun sekali lagi. Ini memberi peluang kepada tumbesaran buah.

Dua peringkat gugurkan daun.

1. Untuk memaksa pokok berbuah.

2. Untuk tumbesaran buah.

Untuk pembajaan akak guna baja kopi. Daun yang diluruhkan boleh di buat sayur, yang dah agak matang boleh je goreng celup tepung.

pokok mulberi

Kalau nak tahu, pokok mulberi ni bukan setakat sedap tetapi mempunyai banyak khasiat antaranya menurunkan kadar kolestrol, membantu melawan kanser dan banyak lagi. Jadi, tak rugi kalau nak cuba menaman pokok mulberi di rumah.

Sumber: Facebook Siti Aminah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×