DIY & Kraf

Cara Mudah Nak Tanam Pokok Ketumbar, ‘Confirm’ Menjadi!

255
SHARES
cara tanam pokok ketumbar

Ketumbar merupakan sejenis daun herba yang mempunyai bau yang wangi dan menambah rasa enak dalam masakan terutama masakan berasaskan sup.

Penanaman pokok ketumbar di rumah merupakan idea bernas dan tepat kerana bukan sahaja boleh digunakan untuk memasak tetapi banyak juga kegunaan lain seperti untuk kesihatan.

Jadi, mari kami kongsikan cara tanam pokok ketumbar dengan betul. Confirm menjadi dan tak cepat layu.

Baca juga: Baru Nak Start Berkebun? Ini 6 Senarai Barang-Barang Yang Wajib Ada

CARA TANAM POKOK KETUMBAR, CONFIRM MENJADI

Menerusi perkongsian pengguna Facebook bernama Rosziyana Bakar, dia hanya menggunakan biji ketumbar yang dibeli di pasaran dan tidak menggunakan keratan batang kerana tanaman mudah rosak.

Pokok ketumbar atau coriander. Sebelum ni, banyak kali tanam guna keratan batang tapi tak menjadi. Bila tumbuh tunas baru je, batang membusuk.

Kali ini, cuba semai daripada biji ketumbar. Saya tak rendam dulu pun, terus semai. Alhamdulillah, senang hidup dan subur.

CARA TANAM POKOK KETUMBAR

Apa yang saya belajar:

  • 2 minggu baru tumbuh
  • Siram pagi & petang
  • Siram waktu tengahari jika cuaca panas & pokok nmpk layu (1 gelas air shj)
  • Baja 1 minggu sekali (selepas 2 minggu pindah ke pasu lain)
  • Baja ikan, air rendaman kulit bawang, air basuhan beras

*Pokok ketumbar suka air.. tanah kene sentiasa lembab tapi bukan terendam ye..

Usia 2 minggu lebih daripada semai. Gigih sikit masa ni letak di tempat matahari naik pukul 8 hingga 11 pagi sahaja. Bila dah keluar daun sebenar baru dedahkan pada matahari penuh.

CARA TANAM POKOK KETUMBAR

Usia 1 bulan dah boleh pindahkan ke pasu lain. Ketika ini memang cabaran sungguh kerana kar dah mula bercantum antara satu sama lain.

Cara saya:

1. Siram tanah hingga basah, keluarkan perlahan-lahan guna penyodok kecil.

2. Kemudian, cuci akar dengan air dan leraikan akar perlahan-lahan.

CARA TANAM POKOK KETUMBAR

Usia 52 hari dah boleh pindah ke pasu lain. Dapat 6 pasu bulat kecik, 4 pasu hitam panjang. Yang tumbuh panjang tu bukan lalang atau rumput ye tetapi padi kerana saya siram guna air basuhan beras.

CARA TANAM POKOK KETUMBAR

60 hari atau 2bulan, pastikan pokok ketumbar sentiasa lembab. Kalau cuaca panas sangat waktu tengahari, pokok ketumbar akan layu. Siram 1 gelas air sahaja.

CARA TANAM POKOK KETUMBAR

Selepas dua bulan 12 hari.

CARA TANAM POKOK KETUMBAR

Alhamdulillah. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Rosziyana Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×