DIY & Kraf

Cara Paling Mudah Tanam Daun Sup, Kena Beli Yang Banyak Akar Baru Menjadi!

1
SHARES

Seikat kecil daun sup yang dijual di luar agak sedikit mahal. Lebih merugikan jika mahu guna dalam kuantiti banyak tetapi daun sup mula layu dengan cepat dan terpaksa dibuang kerana tidak dapat digunakan lagi.

Bagi mengelakkan berlaku pembaziran, apa kata tanam sendiri sahaja daun sup di rumah. Pasti menjadi jika menggunakan cara yang diajar oleh pengguna Facebook di bawah.

Baca juga: Cara Simpan Daun Pisang Kekal Segar & Hijau, 10 Hari Pun Tahan!

CARA PALING MUDAH TANAM DAUN SUP, KENA BELI YANG BANYAK AKAR

daun sup

– Kalau setakat nak masak beli je sejambak daun sup pilih yang banyak batang dan akar.

– Sejambak daun sup tu saya asingkan dapat 4 keratan.

– Daun sup yang dipotong letak je dalam gelas berisi air. Yang ni dah seminggu dekat situ nak masak kita potong je. Tahan juga rupanya dekat luar tak perlu simpan dalam peti ais.

1 polibeg letak 3 keratan. Nanti cepat membiak jangan tanam serumpun tau. Kena pecahkan akarnya. Tanah jangan terlalu padat. Boleh campur tanah biasa, cocopeat, baja organik atau kopi.

Keratan batang yang baru tanam sembur sedikit air je. Jangan terlalu banyak air kerana boleh menyebabkan akar jadi reput. Pantangnya terlebih air je.

Mula-mula tanam letak dekat separa panas dulu. Jangan bagi panas terus.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Adana Embong

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×