Famili

Wanita Kongsi Cara Buat Bantal Pandan, Tradisi Mengharumkan Jenazah Dalam Adat Melayu

12
SHARES
pengurusan jenazah

Sudah semestinya dalam Islam, proses pengurusan jenazah perlu dilakukan dengan cepat dan cermat supaya tidak menyakitkan jenazah. Bukan itu sahaja, antara adat dalam kalangan Melayu yang masih diamalkan ramai sehingga kini adalah membuat bantal pandan.

Mungkin ada yang baru pertama kali mendengar tentang bantal jenazah ini dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut. Menurut perkongsian dari Puan Amina Jasmine di laman Facebook ini, bantal pandan digunakan sebagai alas ketika memandikan jenazah.

Baca juga: “Binatang Pun Sayang Anak”- Bayi Baru Lahir Berbalut Kain Ditemui Dalam Semak Di Belakang Surau

PENGURUSAN JENAZAH GUNA BANTAL PANDAN, MACAM MANA?

Berikut merupakan cara-cara untuk buat bantal pandan dan apa keistimewaannya untuk jenazah.

Bahan diperlukan:

-Beberapa helai daun pandan
-Benang putih
-Kain perca putih (saya gunakan baju sekolah anak tak pakai untuk buat bantal)
-Gunting

Cara buat bantal pandan untuk jenazah:

#1 Panduan Racik Daun Pandan

pengurusan jenazah

Contoh daun pandan diracik halus.

Ada dua cara nak racik daun pandan. Pertama racik macam nak buat bunga rampai, potong halus, kecil-kecil. Jika tiada masa, ada satu lagi pilihan anda boleh buat iaitu daun pandan boleh disiat-siat memanjang, halus-halus.

Daun pandan disiat memanjang ini takkan rasa keras. Teksturnya akan mudah jadi lembut dan tak menyakitkan jenazah. Begitu juga daun pandan yang diracik halus. Manakala daun pandan yang dipotong kasar, ia lambat jadi kering. Teksturnya boleh menyakitkan bahagian kepala jenazah.

Jadi, daun pandan kasasr tadi bolehlah ditabur atas tanah perkuburan. Daun potongan kasar ini, dia lambat layu dan daun yang masih segar akan berzikir untuk mayat di bawah.

Berbanding daun yang diracik halus akan mudah layu. Bila ditabur pagi atas tanah perkuburan jenazah, sebelah petang ia dah mati dan tak lagi berzikir untuk mayat.

#2 Kain Perca Jahitkan Jelujur

pengurusan jenazah

Kain perca tadi jahitkan jelujur, buat macam bantal baby pun dah memadai. Masukkan daun pandan yang dah diracik halus atau siat tadi sampai penuh.

Keistimewaan bantal pandan untuk jenazah dalam adat Melayu bersumber dari kepercayaan turun-temurun dan sifat alami daun pandan itu sendiri. Berikut beberapa keistimewaan yang dipercayai:

1. Mengharumkan jenazah

Aroma wangi daun pandan yang khas dipercayai dapat mengatasi bau yang tidak menyenangkan dari jenazah, memberikan suasana yang lebih nyaman dan tenang. Aroma ini juga dianggap sebagai penghormatan terakhir kepada jenazah, memberikan kesan yang lebih baik ketika proses pengebumian.

2. Menyejukkan Jenazah

Daun pandan dipercaya memiliki sifat menyejukkan. Jadi, bantal pandan boleh diletakkan di bawah kepala jenazah dengan harapan dapat memberikan rasa sejuk dan nyaman, meskipun secara ilmiah hal ini belum terbukti.

*Penting untuk diingatkan bahawa beberapa keistimewaan bantal pandan ini adalah berdasarkan kepercayaan dan belum tentu memiliki dasar ilmiah yang kuat. Ini merupakan nilai-nilai tradisi yang terkandung dalam budaya Melayu sahaja.

Baca juga: Jangan Simpan Baju Orang Mati Untuk Kenangan, Tukang Mandi Jenazah Pesan Ada ‘Benda’ Ikut

Sumber: Amina Jasmine

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×