Deko & Hias

Nak Pokok Bunga Matahari Kembang Cantik, Buat Tips Ini & Dapat Sama Makan Kuaci!

8
SHARES
pokok bunga matahari

Selain dapat menikmati kuaci, pokok bunga matahari ditanam sebagai penyeri laman rumah kerana ia mempunyai bunga yang besar dan cantik dipandang. Satu kepuasan sekiranya pokok ini dapat membesar dengan baik.

Justeru itu, bagi anda yang mempunyai hasrat untuk menghiasi laman anda dengan keindahan pokok bunga matahari, boleh ikuti cara dan tips menanam pokok bunga matahari dari Puan Siti Rokiah Che Hat.

Baca juga: Tips Tanam Pokok Mulberi Atas Tanah Membesar Rendang & Tak Meninggi, Baru Senang Petik!

POKOK BUNGA MATAHARI

pokok bunga matahari

Gambar: freepik

CARA TANAM POKOK BUNGA MATAHARI YANG BETUL

Perkongsian ini akan membincangkan cara tanam pokok bunga matahari, penjagaannya, kawalan penyakit dan pembajaan.

1. Pengenalan

Bunga matahari boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan seperti produk makanan dan lain-lain. Seperti yang sedia tahu, kita pernah memakan kuaci dan itu juga produk hasil daripada pemprosesan bunga matahari.

Memulakan penanamannya tidaklah terlalu rumit, namun begitu ilmu itu adalah penting bagi menjayakan penanaman pokok bunga matahari.

2. Jenis bunga matahari

bunga matahari

Gambar: Siti Rokiah Che Hat

Berikut adalah beberapa jenis yang bersesuaian ditanam di Malaysia:

  • mammoth grey
  • velvet queen
  • evening sun

3. Keperluan asas penanaman

Secara umum, tanaman ini boleh tumbuh dengan baik:

  • Di kawasan tanah rendah yang bersuhu tidak melebihi 25°C
  • Mempunyai kesuburan yang stabil
  • Menerima sinaran matahari yang banyak
  • Mempunyai saliran yang baik

Sebagai saranan, saya mengesyorkan penggunaan tanah campuran yang mengandungi kandungan organik yang tinggi untuk hasil yang lebih terjamin.

Baca juga: Petua Halau Haiwan Liar Dari Masuk Ladang, Kaedah Mesra Tanpa Menyakiti Makhluk Lain!

4. Penyediaan benih

pokok bunga matahari

Gambar: Siti Rokiah Che Hat

Bagi mendapatkan pokok bunga matahari, ianya hendaklah ditanam menggunakan biji benih. Kebiasaannya, biji benih akan dibeli daripada kedai, pasaraya ataupun melalui online.

Tidak boleh sama sekali menggunakan kuaci untuk dijadikan sebagai benih semaian kerana ianya telah diproses dan dimasak dan tiada sebarang kebarangkalian ianya akan tumbuh sekiranya ditanam.

Seterusnya untuk pemilihan biji benih, pastikan benih yang diperolehi dalam keadaan sihat dan berkualiti. Sebagai jaminan yang lebih baik, rendam benih yang diperolehi dalam air bancuhan racun kulat ataupun menjemur benih tersebut.

5. Penyemaian

Setelah itu, benih tersebut sudah boleh disemai sama ada pot atau dulang semaian menggunakan media tanah campuran. Bagi melakukan penyemaian, buat lubang sedalam 3cm dan masukkan bahagian benih.

Sekiranya menggunakan dulang semaian, masukkan sebiji benih dalam setiap lubang. Manakala, untuk pasu atau pot, gunakan 1-3 biji benih.

cara tanam pokok bunga matahari

Gambar: Siti Rokiah Che Hat

Kemudian, laksanakan penyiraman pada kadar yang secukupnya dan letakkan benih semaian itu pada kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari. Pendedahan benih terhadap cahaya matahari, pastikan adalah selama 6 jam sehari.

Akhir sekali, biarkan selama 1 minggu sehingga benih mencapai ketinggian yang sesuai untuk dipindahkan iaitu 5cm.

Baca juga: Buat 5 Petua Ini Agar Pokok Mangga Berbuah Lebat Dalam Pasu, Ramai Lagi Tak Tahu Rupanya!

6. Penanaman

Setelah tamat tempoh 1 minggu penyemaian, benih sudah boleh dialihkan sama ada pada tanah ataupun pasu yang lebih besar. Tanah untuk penanaman hendaklah menggunakan komposisi tanah yang sama sewaktu penyemaian.

7. Penjagaan

cara tanam pokok bunga matahari

Gambar: Siti Rokiah Che Hat

  • Siram pokok tersebut 2 kali sehari iaitu di sebelah pagi dan petang
  • Letakkan kayu sokongan dan ikat sekiranya pokok sudah terlalu tinggi
  • Pangkas tunas yang tumbuh selepas 3 bulan kerana ianya sudah tidak berkesan dan kurang baik

8. Kawalan perosak

  • Tanaman ini mudah diserang oleh belalang, beluncas dan siput
  • Gunakan racun serangga dan mengikut arahan yang tertera pada label racun untuk mengatasi masalah tersebut

9. Pembajaan

  • Baja NPK (15:15:15) dan baja organik boleh diberi sebanyak 2 kali sebulan.

10. Penuaian

cara tanam pokok bunga matahari

Gambar: Siti Rokiah Che Hat

Bunga matahari akan tumbuh setelah mencapai usia 2 bulan. Sekiranya dibiarkan lebih lama, pokok akan mulai kering dan bunga boleh dicantas bagi mendapatkan biji benih baru untuk penanaman semula ataupun dibuat makan (kuaci).

Dengan perkongsian ini diharapkan dapat membantu para perkebun untuk mencuba menanam pokok bunga matahri ini dirumah. Selamat mencuba!

Baca juga: Tanam Sayur Bayam Guna Penapis Je Bercambah Lebat, Sesuai Untuk Rumah Tiada Laman!

Sumber: Siti Rokiah Che Hat via Jom berkebun dirumah(untuk beginner)

FT Image: wirestock / Siti Rokiah Che Hat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×