Deko & Hias

Hati-Hati Dengan Siti Zubaidah (Hydrangea), Dalam Cantiknya Bunga Ini Getahnya Berbahaya!

bunga beracun

Melalui perkongsian Pusat Racun Negara, bunga Hydrangea atau Siti Zubaidah diklasifikasikan sebagai tumbuhan bunga beracun. Di mana, para penggemar bunga ini dinasihatkan untuk memakai sarung tangan ketika mengendalikannya bagi mengelakkan dari tangan tersentuh getahnya.

Selain itu, jauhkan bunga cantik ini daripada capaian kanak-kanak dan juga haiwan peliharaan anda. Kalau nak tahu apakah bahaya yang tersembuyi di sebalik keindahan tumbuhan pokok bunga Hydrange, mari baca fakta menarik di bawah!

Baca juga: Petua Halau Monyet Liar, Guna Belacan & Gantung, Esok ‘Nyet’ Tak Datang Rumah Dah!

BUNGA BERACUN SITI ZUBAIDAH (HYDRANGEA)

bunga beracun

Gambar: Pusat Racun Negara

TRIVIA TUMBUHAN BERACUN – BUNGA SITI ZUBAIDAH (Hydrangea)

Pokok bunga Hydrangea merupakan pokok hiasan yang paling sesuai hidup di kawasan tanah tinggi. Ia semakin mendapat tempat di hati peminat bunga kerana warna bunganya yang lembut.

Selain daripada itu, keistimewaan bunga ini ialah ia mengambil masa selama tiga (3) bulan untuk mekar sepenuhnya dan warnanya akan bertukar-tukar sepanjang masa tersebut. Namun, dalam kecantikan itu ternyata ada bahaya yang tersembunyi.

Baca juga: Tips Tanam Pokok Bidara, Daunnya Sering Digunakan Dalam Air Mandian Jenazah Orang Islam!

Baca juga: Cara Tanam Pokok Kantan Berbunga Lebat, Panduan Jelas Dari A-Z!

Getahnya mengandungi bahan kimia yang juga boleh menyebabkan kematian 

bunga beracun

Gambar: Pusat Racun Negara

Penggemar bunga perlu tahu bahawa bahagian tumbuhan ini terutama cecair atau getahnya mengandungi hydrangin (sejenis bahan sianogenik glikosid), febrifugine, hydrangenol dan loganin.

Bahan kimia ini boleh menyebabkan rasa loya, sakit perut, muntah-muntah, cirit birit, lemah otot, sawan, koma dan kematian bergantung kepada kuantiti yang terdedah.

Peminat bunga ini perlu berhati-hati mengendalikannya terutama sekali jauhkan daripada capaian kanak-kanak dan juga haiwan peliharaan. Pakai sarung tangan ketika mengendalikan tumbuhan ini dan cuci tangan dan pakaian selepas itu.

Baca juga: Nak Pokok Bunga Matahari Kembang Cantik, Buat Tips Ini & Dapat Sama Makan Kuaci!

Sumber: Pusat Racun Negara

FT Image: Pusat Racun Negara

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×