Deko & Hias

Bahaya Kecubung! Remaja Keracunan Lepas Tindakan Berani Makan Bijinya

27
SHARES
pokok kecubung

Mungkin dek kerana perasaan ingin tahu, telah menyebabkan seorang remaja mengalami keracunan selepas memakan biji kecubung bersama rakan-rakannya. Difahamkan, mereka menemui pokok kecubung tersebut di kawasan sekitar kampung.

Menerusi hantaran dibuat oleh Public Health Malaysia (PHM), mangsa memutuskan untuk mencuba bijinya kerana mendengar cerita tentang kesannya yang menyebabkan halusinasi.

Baca juga: Jenis Pokok Sesuai Tanam Di Tempat Teduh, 10 Ini Tak Mesra ‘Direct’ Matahari!

POKOK KECUBUNG

pokok kecubung

Gambar: PHM

“Pada 2 jam pertama kes mengalami halusinasi visual dan kekeliruan. Degupan jantung meningkat dan penglihatan mula kabur.

“Di unit kecemasan, dia diberikan charcoal untuk mengurangkan penyerapan toksin dalam saluran pencernaan dan pemberian benzodiazepin untuk merawat keresahan dan halusinasi,” tulis PHM.

Menurut PMH, keseluruhan pokok kecubung telah disahkan mengandungi bahan bahaya. Malah, PHM juga menyeru kepada semua agar berhati-hati terutama untuk golongan kanak-kanak.

kecubung

Gambar: @srilankanflora

“Keseluruhan bahagian pokok kecubung mengandungi bahan bahaya ini, terutama pada biji buah kecubung. Berhati-hati terutamanya kepada kanak kanak,” menurut hantaran yang dibuat PHM.

Baca juga: Tutorial Tanam Ros Jepun ‘Bunga Pukul 10’, Tanaman Paling Mudah Semai & Jaga!

Baca juga: 7 Cara Hapuskan SIPUT BABI, Tanaman Selamat Dari Haiwan Berlendir Ini!

Makluman semua, Kecubung (Datura) adalah tumbuhan yang mengandungi alkaloid tropana yang boleh menyebabkan keracunan serius jika dimakan atau dihirup.

Selain itu, pokok kecubung banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan kerana bunganya yang cantik dan unik. Manakala, buah atau bijinya berwarna coklat dan mempunyai duri-duri halus diluarnya.

P/s: Tak pasti jangan makan, bahaya menanti bila sembarangan.

Baca juga: 5 Teknik KAHWIN POKOK Popular, Proses Pembiakan Tumbuhan Kualiti Terbaik!

Sumber: Public Health Malaysia (PHM)

FT Image: @srilankanflora

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×