Dapur

Kenapa Ikan Pari Bau Hancing? Ini Tips Penting Supaya Tak Salah Pilih

408
SHARES

KENAPA IKAN PARI BAU HANCING & APA NAK BUAT KALAU TERSALAH PILIH?

Juadah ikan pari memang cukup menyelerakan. Ada yang suka memasak ikan pari lauk asam pedas. Ada juga yang memilih ikan pari dan menjadikannya juadah ikan bakar.

Bila dipadankan dengan nasi dan ulam-ulaman segar, ikan pari memang boleh menambat selera sesiapa sahaja!

Namun, kadang-kadang kita sering mengelak untuk memasak ikan pari kerana sering berbau hancing.

Tahukah anda sebenarnya ada tips mudah untuk memilih ikan pari segar?

Bau hancing yang melekat pada ikat pun boleh dihilangkan!

Jom kita belajar tips-tips bagi mendapatkan ikan pari yang segar rasanya!

ikan pari bau hancing

Kredit Foto : livingnomads.com

Kenapa Ikan Pari Bau Hancing?

Menurut kupasan sebuah laman web sains (Ini Sains Beb), ikan pari berbau hancing kerana ia sebenarnya mengandungi amaun urea yang tinggi dalam tubuhnya.

Amaun urea ini adalah bagi mengimbangi osmolaregulasi ketika berada dalam air, terutama air masin.

Ikan pari dan ikan tuka adalah sejenis ikan leper yang bersaudara dengan jerung (shark). Kesemuanya dari kumpulan ikan yang digelar ‘Elasmobranchs’.

Ikan Elasmobranchs ini akan menyimpan kompaun organik seperti urea dan and trimethylamine oxide (TMAO) dalam darahnya. Plasma urea dalam ikan ureotelic ini boleh mencapai kepekatan 30%. TMAO berfungsi untuk menstabilkan protein dalam kepekatan urea yang tinggi, mengelakkan dari ikatan peptida protein terurai.

Urea terurai menghasilkan cyanate dan ammonium (NH2)2CO → CNO− + NH4+. Hasil tindakbalas ini seterusnya ditukarkan kepada karbon dioksida dan ammonia. Sama seperti tindakbalas yang berlaku dalam urin kita.

Bau hancing tersebut adalah sebahagian besarnya disumbang oleh ammonia yang meruap.

Ikan pari sememangnya akan menjadi hancing jika dibiarkan lama. Kerana ammonia dari urea tersebut mengambil masa untuk terhasil dalam daging pari yang mati.

Jadi, jika mahu membeli pari, pilihlah yang segar. Pari lama akan lebih kuat baunya.

Amaun urea juga tinggi dalam darah dan organ-organ dalaman ikan.

Jadi, ikan haruslah disiang dengan betul bagi mengelak lebih banyak urea meresap ke dalam daging ikan.

Tips Memilih Ikan Pari Segar

  1. Periksa warna isi ikan pari. Pastikan warnanya kemerah-merahan. Elakkan daripada membeli ikan pari dengan isi gelap.
  2. Bagi memastikan kesegaran ikan pari, tekan sedikit ikan dan pastikan isinya masih pejal dan tidak lembik.
  3. Anda juga boleh kenalpasti kesegaran ikan pari melalui baunya. Pilihlah ikan pari yang tidak berbau hancing bagi memudahkan proses masakan.
  4. Satu lagi petua pilih ikan pari ini juga berguna – ikan pari harus disimpan terlungkup berbanding terlentang. Ia mungkin boleh mengelak lebihan urin kedalam tubuh ikan.
  5. Ikan pari harus disiang dengan betul untuk mengelakkan banyak urea mesesap dalam daging ikan. Jika tak tahu cara menyiang, boleh minta penjual untuk siangkan ikan pari untuk kita ok!

ikan pari bau hancing

Kredit Foto : sislin76.com

Baca juga: Bila Last Makan Ubat Cacing? Ini Bahaya & Tanda Jangkitan Cacing Perlu ‘Alert’

Tips Hilangkan Bau Hancing Ikan Pari

Jika anda terpilih ikan pari berbau hancing, janganlah dibuang kerana ia boleh dibersihkan dan bau hancingnya boleh hilang dengan beberapa langkah mudah.

Cara-caranya adalah seperti berikut :

  1. Basuhkan hirisan ikan pari sehingga bersih.
  2.  Rendamkan ikan pari dengan air asam jawa dan biarkan selama 20 minit. Jika tiada asam jawa, anda boleh gunakan sumber asid lain seperti air limau kasturi, limau nipis atau cuka. Ia akan membantu hilangkan bau hancing dan lendir pada ikan pari.Kemudian, bilas lagi dengan air bersih.
  3. Selepas direndam dengan air asam jawa, anda boleh hilangkan lagi bau hancing ikan dengan cara memerapnya dengan pes rempah. Ini juga akan menambahkan lagi rasa sedap pada ikan pari anda.
  4. Anda juga boleh kurangkan lagi bau hancing ikan pari dengan memasaknyamenggunakan periuk tekanan.
  5. Jika tiada periuk tekanan, anda boleh juga memasak dengan cara mengukus ikan parti terlebih dahulu selama 15 minit. Kemudian, barulah dimasak mengikut resepi yang diinginkan.
  6. Banyak juga petua yang menyarankan untuk mencuci pari dengan air limau Kasturi atau cuka. Mungkin juga boleh membantu.

Cara untuk hilangkan bau hanyir ikan pari agak mudah bukan?

Jika anda pandai memilih ikan pari yang segar dan dapat membuang bau hancing yang melekat, anda bolehlah menyediakan hidangan yang cukup menyelerakan buat seisi keluarga.

Kesegaran dan kelazatannya pasti lebih terjamin sedap berbanding lauk ikan pari yang sudah siap dimasak di restoran.

Selamat mencuba !

Sumber rujukan :

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×