Sihat

Bila Last Makan Ubat Cacing? Ini Bahaya & Tanda Jangkitan Cacing Perlu ‘Alert’

1.4K
SHARES
tanda jangkitan cacing

Bilakah kali terakhir anda makan ubat cacing? Ramai yang pasti ada pengalaman makan ubat cacing ketika kecil. Jangkitan cacing boleh menyerang sesiapa sahaja baik muda atau tua.

Oleh itu, orang dewasa juga perlu amalkan pengambilan ubat cacing ini.

Mari kita kenali fakta tentang jangkitan cacing serta cara rawatannya.

jangkitan cacing

Tanda & Kesan Jangkitan Cacing Kepada Manusia

Apabila cacing masuk ke dalam tubuh manusia, ia akan mencuri nutrisi mikro dan mineral dalam badan.

Ini akan menyebabkan simptom jangkitan seperti kekurangan darah merah (anemia), sakit perut, dan kegatalan pada bahagian dubur.

Ada juga sesetengah kes di mana individu mengalami jangkitan disebabkan rembesan toksin oleh cacing yang tinggal di dalam usus.

Ini akan menyebabkan simptom seperti keresahan, ruam, loya, muntah dan cirit-birit.

Kanak-kanak yang dijangkiti cacing pula akan mengalami gangguan tumbesaran dan perkembangan fizikal akibat kekurangan zat.

Jika jangkitan cacing tidak dirawat dengan baik, ia dapat membiak dengan banyaknya sehingga boleh mengakibatkan kesihatan merosot.

Kredit Foto : hellodoktor.com.ph

Mitos Tentang Jangkitan Cacing

1) Kecacingan Hanya Dihidap Oleh Kanak-Kanak

Jangkitan cacing kurang diambil berat kerana ia sering dianggap sebagai penyakit kanak-kanak.

Memang tidak dinafikan penyakit ini sering berlaku pada kanak-kanak kerana sistem pertahanan badan yang lemah serta penjagaan kebersihan yang kurang optimum.

Namun, orang dewasa juga tidak terlepas daripada jangkitan cacing lebih-lebih lagi jika individu tersebut mempunyai penyakit berkaitan imuniti lemah seperti kencing manis dan penyakit autoimun.

2) Jangkitan Cacing Hanya Berlaku Di Dalam Usus

Cacing yang hidup di dalam badan tidak hanya kekal di dalam usus.

Jika jangkitan cacing tidak dirawat, ia boleh merebak sehingga ke organ lain seperti kulit, paru-paru dan otak kerana cacing boleh bergerak melalui saluran darah.

3) Kecacingan Tidak Boleh Berjangkit Kepada Orang Lain

Penyakit cacing tidak boleh berjangkit kepada orang lain secara terus. Sebaliknya, telur cacing boleh tersebar dari satu individu ke individu lain melalui sentuhan atau suapan makanan.

Kecacingan juga boleh berjangkit jika berkongsi makanan yang tercemar.

Tips Pencegahan

Jangkitan cacing sering berlaku kepada individu atau keluarga yang tidak mengambil berat akan kebersihan diri dan persekitaran serta dalam penyediaan makanan.

Ikuti tips ini bagi mengelakkan jangkitan cacing :

  1.  Elakkan berkaki ayam bila keluar rumah.
  2.  Basuh buah-buahan, sayur-sayuran dan daging dengan bersih sebelum dimasak.
  3.  Pastikan hidangan yang anda sediakan dimasak sepenuhnya.
  4.  Basuh tangan dengan bersih terutamanya di celah dan bawah kuku sebelum menyentuh makanan.
  5.  Minum air yang dimasak atau ditapis sahaja. Pastikan mesin penapis air diselenggara dengan baik.
  6.  Bagi yang memiliki haiwan peliharaan di rumah, gunakan sarung tangan apabila bersihkan najis haiwan.
  7.  Lakukan pembasmian cacing (deworming) secara berkala pada haiwan peliharaan. Dapatkan saranan daripada doktor haiwan.
  8.  Pastikan haiwan sentiasa berada dalam keadaan bersih.
  9.  Cuci tangan selepas memegang haiwan.

Cegah Jangkitan Cacing Melalui Ubat

Melalui perkongsian dari KKM, jenis ubat, dos dan tempoh pengambilan ubat akan diberikan bergantung kepada keadaan pesakit.

Terdapat beberapa jenis ubat cacing yang anda boleh dapatkan di farmasi sama ada dalam bentuk tablet atau cecair.

Ada juga ubat cacing berbentuk cecair dengan pelbagai perisa bagi memudahkan pengambilan oleh kanak-kanak.

Antara contoh ubat dalam pasaran yang biasa digunakan dalam rawatan jangkitan cacing adalah albendazole, mebendazole dan sebagainya.

Kebiasaannya albendazole adalah ubat yang digunakan untuk merawat masalah ini terutamanya di fasiliti kerajaan. Ubat ini kurang diserap ke dalam badan dan ianya tinggal di dalam usus.

Ia bertindak dengan menghalang penyerapan glukosa oleh cacing dan menyebabkan cacing-cacing tersebut kehilangan tenaga dan mati.

CARA MAKAN UBAT CACING

  • Kebiasaannya, dos albendazole yang disyorkan bagi orang dewasa dan kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas adalah 400mg dos tunggal.
  • Manakala bagi kanak-kanak yang berumur antara 1 hingga 2 tahun, 200mg diberikan secara dos tunggal bergantung kepada keadaan pesakit.
  • Memberikan ubat cacing (deworming) selalunya diberikan dalam jarak antara enam bulan hingga setahun sekali.

Perlu diingatkan bahawa ubat cacing ini TIDAK BOLEH diambil oleh wanita yang mengandung dan bayi yang berumur kurang daripada 1 tahun.

ubat jangkitan cacing

cara makan ubat jangkitan cacing

ubat jangkitan cacing

 

Kita semua berisiko untuk dijangkiti cacing. Oleh itu, sentiasa amalkan kebersihan diri serta persekitaran.

Pastikan juga bahan masakan dibersihkan terlebih dahulu dan dimasak sempurna.

Basuh tangan dan celah kuku dengan bersih sebelum makan dan selepas menyentuh haiwan peliharaan.

Baca juga: Walaupun ‘Semulajadi’ Ini Kesan Sampingan Essential Oil Yang Ibu Perlu Alert

Selain amalan kebersihan pada persekitaran, diri dan penyediaan makanan, anda juga disarankan untuk makan ubat cacing 6 bulan sekali.

Take note, ok!

Sumber rujukan :

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×