Dapur

Guna Surat Khabar, Cara Mudah Untuk Siat Kulit Ikan Cencaru. Jom Tengok Demonstrasi Ni!

1.8K
reads

Nak makan ikan cencaru tapi tak tahu cara nak buang kulit? Rupanya guna surat khabar je nak siat kulit ikan ini!

Setiap kali nak masak ikan cencaru pernah siat kulit yang keras tu dulu tak? Ke anda biarkan saja? Susah kan nak buang, kalau silap sikit boleh luka jari nanti. Oleh itu, kalau tak mahu jari anda yang cantik tu terluka, rupanya ada cara lain untuk siat kulit ikan cencaru tu dengan selamat. Anda hanya perlu guna surat khabar! Macam mana caranya? Jom ikut cara seperti yang didemonstrasikan ini. Senang je!

Sedap juga ni- www.blogger.com

CARA SENANG SIAT KULIT IKAN CENCARU

Ada yang jenuh dan sukar nak siat kulit ikan cencaru kan? Haaa ini cara saya ya guna surat khabar, sikit-sikit isi ikan yang melekat tu ada tapi atas nasib juga kadang-kadang isinya tak melekat lansung. Selamat mencuba! Inilah satu-satunya ilmu siat kulit cencaru menggunakan surat khabar yang saya warisi dari Ayahanda saya Allahyarham Hj Latip bin Abd Rahman. Semoga dapat membantu kawan-kawan ya cara paling mudah dan cepat .

DEMONSTRASI SIAT KULIT IKAN CENCARU

INILAH HASILNYA!

www.facebook.com/nyonya.linazubir

*Hasilnya, lebih mudah untuk dimasak dan dimakan. Jangan lupa untuk cuba teknik menggunakan surat khabar ni okay!

Sumber: LinaZubir Linawati Latip

Yang Popular

To Top