Sihat

Bekam Boleh Sedut Darah Toksin Perokok – Benar Atau Mitos? Baca Penjelasan Ini

45
SHARES

Bekam sudah menjadi kebiasaan dan popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Kalau ada dalam kalangan anda yang masih tak tahu apa itu bekam, sebenarnya bekam adalah kaedah membuang toksin dengan mengeluarkan darah kotor dari permukaan kulit sepertimana yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat. Turut diperkuatkan dengan beberapa hadis sahih yang menjelaskan mengenai rawatan bekam, ia dikatakan sebagai kaedah yang boleh membantu mengubati segala penyakit.

http://unclezuan.com/

Ternyata, ramai perokok juga turut menggunakan kaedah bekam ini, katanya untuk membuang darah-darah kotor di dalam badan. Persoalannya, adakah anda yakin bahawa bekam boleh membantu? Untuk mendapatkan kepastian, ayuh kita baca penjelasan dari Root of Science dengan lebih mendalam dan mencari kepastian mengenai isu bekam dan perokok ini. Jaga-jaga, anda perlu berubah!

BEKAM DAN PEROKOK

Bekam boleh keluarkan toksin daripada perokok?Ada yang menunjukkan kepada saya gambar ini. Iaitu perbezaan diantara darah orang yang merokok dan darah orang yang tidak merokok ketika dibekam.

www.facebook.com/Rootofscience1

Ada dalam kalangan penyedia perkhidmatan bekam menyatakan bahawa ada beberapa orang yang perlu dibekam dan perokok merupakan salah seorang yang perlu dibekam. Ini kerana menurut mereka terdapat toksin di dalam darah yang perlu dibuang dengan menggunakan bekam.

http://bekamtheraphy.com/

Buktinya adalah perbezaan darah perokok dan juga darah orang yang tidak merokok ketika dibekam. Iaitu orang yang merokok mempunyai darah yang pekat dan sedikit gelap berbanding dengan darah orang yang tidak merokok. Dikatakan darah yang gelap dan hitam itulah menunjukkan kehadiran toksin yang dibuang ketika proses bekam.

TETAPI ADAKAH PERKARA INI BENAR?

Untuk merungkai persoalan ini perlulah kita melihat kesan-kesan daripada merokok itu sendiri.

www.tommys.org

Merokok sebenarnya bukan sahaja menghasilkan nikotin yang menjadi penyebab ketagihan. Merokok juga akan menghasilkan satu bahan bernama Karbon monoksida. Ia terhasil disebabkan pembakaran kompaun karbon yang tidak sempurna. Karbon monoksida inilah yang akan melekat secara tetap kepada haemoglobin. Fungsi Haemoglobin adalah untuk membawa oksigen. Ketika mana karbon monoksida melekat kepada haemoglobin, ia tidak akan terlepas daripadanya membuatkan sel darah itu sudah tidak berguna kerana tidak boleh membawa oksigen.

Disebabkan perkara tersebut, badan akan mengesan kekurangan oksigen dan secara automatiknya menampung keadaan tersebut dengan menghasilkan lebih banyak sel darah merah.

selfhacked.com

Kemudian, kepekatan sel darah merah akan meningkat dan ditunjukkan di dalam keputusan darah jika kita ambil ujian ‘Full blood Count’. Ia akan menunjukkan haematocrit iaitu merujuk kepada kepekatan darah melebihi bacaan 45%. Bacaan haematocrit bagi orang yang tidak merokok adalah kurang daripada 45 bagi orang lelaki dan 40 bagi perempuan. Secara ringkasnya, kepekatan darah bagi perokok adalah lebih tinggi daripada orang biasa.

http://www.infokid.org.uk/

DARAH TOKSIN DARI BEKAM

Darah gelap orang yang merokok menunjukkan banyak toksin yang dikeluarkan ketika bekam?

Darah gelap yang keluar daripada perokok ketika proses bekam bukanlah menunjukkan ia mempunyai toksin yg banyak. Darah gelap itu terhasil disebabkan darah perokok itu lebih pekat daripada orang biasa disebabkan kekurangan oksigen dan jumlah haemoglobin yg tinggi.

www.healthydietadvisor.com

Dan perokok bukanlah orang yang memerlukan bekam disebabkan aktiviti merokoknya. Apa yang perokok perlukan adalah BERHENTI MEROKOK. Jika nak bekam tak salah. Tetapi bekam sebab nak keluarkan toksin daripada rokok tu adalah perkara yg salah dan tidak terbukti.

CADANGAN ORANG RAMAI

www.facebook.com/Rootofscience1

Harap ini dapat membantu.

Sumber: Root of Science

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×