Famili

5 Kesilapan Ibu Bapa Tak Sedar, Boleh Beri Kesan Bila Anak Dewasa

14
SHARES

Mendidik dan menjaga anak-anak adalah perkara yang sering memeningkan kepala setiap ibu bapa. Tidak ada seorang ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka membesar menjadi orang yang gagal dan bermasalah.

Sebagai ibu bapa, kita perlu ingat, anak-anak adalah amanah Tuhan kepada kita untuk dijaga dan dibentuk sebaik-baiknya. Namun, kadang-kadang benda yang baik untuk anak kita adalah tidak baik untuk mental mereka. Jadi, seorang parenting coach telah berkongsi di TikToknya @mummy_dya berkenaan dengan 5 kesilapan ibu bapa semasa mendidik anak.

Baca juga: 3 Jenis Karakter Mak Mentua Yang ‘Susah’ & Tips Untuk Tawan Hatinya

5 KESILAPAN IBU BAPA YANG MEMBERI KESAN KEPADA ANAK APABILA DEWASA

Dalam membesarkan anak-anak, pelbagai kesilapan dilakukan tanpa ibu bapa sedari. Kesilapan ini berlaku kerana kurangnya pengetahuan mengenai aspek keibubapaan.

Antara kesilapan yang sering kita lakukan dalam mendidik anak-anak adalah seperti berikut:

1. Enroll terlalu banyak kelas atau aktiviti untuk anak-anak.NYC Private Music Lessons - Piano, Wind, String, And More…Membuat anak tidak membuang masa di rumah sememangnya bagus. Akan tetapi, apabila anak-anak terlalu penat untuk mengikuti kelas-kelas yang anda sediakan, maka dengarlah keluhan anak-anak kerana ianya boleh menjejaskan kesihatan mental mereka.

Jika anak suka, teruskan. Jika tidak, jangan paksa mereka.

2. Membandingkan anak kita dengan anak orang lain.COMPARISONS: CREATING GROWTH OR CAUSING HARM? - PARWARISH – Nurturing GrowthSudah menjadi kebiasaan untuk ibu bapa membandingkan anak mereka dengan anak orang lain. Niat ibu bapa adalah untuk memberi “motivasi” kepada anak mereka untuk menjadi lebih bagus atau setanding dengan anak yang mereka bandingkan.

Namun, ia hanyalah memberi anak itu sendiri akan berasa mereka tidak cukup dan lemah. Oleh yang demikian, cubalah untuk tidak membuat perbandingan. Kita kalau dibandingkan dengan orang lain pun kita tidak suka.

3. Memaksa anak makan.Picky eaters: 10 solutions to the picky eating problem” Tak boleh makan kalau tak habis makan!”

Mungkin nampak biasa sahaja. Akan tetapi, ianya akan membuat anak-anak menjadi picky eater dan memberontak. Sebagai ibu bapa, kita sepatutnya memberi pilihan untuk anak-anak untuk makan apa.

4. Mengaibkan anak tanpa sengaja.3 Reasons Why Parents Should Avoid Scolding Their ChildrenMenaikkan suara dan marah anak depan kawan-kawan dan saudara mara anda bukanlah perkara yang harus dilakukan oleh ibu bapa. Sebaiknya, tegur anak di tempat yang tiada orang atau cakap dengan menggunakan nada yang baik.

Hal ini kerana, ianya akan menyebabkan anak menjadi resah apabila berada di tempat umum dan kurang gemar untuk berada di khalayak ramai.

5. Memuji anak apabila mereka hanya mendapat keputusan yang bagus.Reducing exam day stressKecemerlangan anak dalam bidang akademik semestinya menjadi impian setiap ibu bapa. Akan tetapi apabila anak gagal atau kurang cemerlang dalam sesetengah subjek, janganlah kita marahi mereka.

Ini akan membuat tidak bermotivasi dan mudah berputus asa. Sepatutnya, ibu bapa seharusnya memuji usaha mereka.

Menjadi ibu bapa sememangnya tidak mudah. Jadi diharapkan tips ini dapat membantu ibu bapa di luar sana!

Video penuh:

@mummy_dya

Reply to @wufffyouuu_ Jgn jd parents yg toksik. Siapa dlm 5 golongan ni, saya mohon agar kita perbaiki diri kita 😉 #parentingkakdya

♬ Habibi (Albanian Remix) – Ricky Rich & Dardan

Sumber: TikTok @mummy_dya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×