Asuh

7 Perkara Yang Tak Sepatutnya Mak Ayah Larang Anak Buat

5.3K
SHARES

Membesarkan anak-anak bukanlah tugas yang mudah perlu digalas oleh mak ayah. Oleh itu, terdapat pelbagai jenis pantang larang yang dibuat oleh mak ayah terhadap anak-anak supaya mereka mendengar kata dan berdisiplin.

Namun, sedar atau tidak ada perkara yang tidak sepatutnya mak ayah larang untuk anak-anak buat kerana perkara ini akan membantu anak-anak mengasah skil yang ada dalam diri mereka. Berikut merupakan 7 perkara yang tak sepatutnya mak ayah larang anak buat.

Baca juga: Anak Sulung Memang Natural Born Leader, Rugi Kalau Mak Ayah Tak Didik

7 PERKARA YANG TAK SEPATUTNYA MAK AYAH LARANG ANAK BUAT

1.MAIN TANAH

-Ransang sensori anak

-Anak boleh dapat Vitamin D sumber dari cahaya matahari. Bagus untuk mood anak.

-Boost sistem imunisasi anak-anak

Apa yang penting adalah selepas main tanah, pastikan anda mencuci dan menukar baju anak-anak sehingga bersih.

2.CONTENG DINDING

-Menguatkan otak dan sendi bahu

-Tingkatkan kemahiran koordinasi

-Baik untuk kemahiran menulis

Cadangan untuk mak ayah yang akan mengamuk bila anak-anak conteng dinding adalah dengan melekatkan kertas mahjong di dinding. Bukan itu sahaja, anda boleh juga sediakan ruang khas untuk anak-anak menconteng.

3.MENYEPAH

-Boleh elakkan kebergantungan anak kepada gajet untuk isi masa lapang.

-Menggalakkan kreativiti

-Tingkatkan kemahiran kognitif dan penyelesaian masalah.

Untuk mengelakkan mak-mak sakit mata lihat anak menyepah, apa yang anda boleh buat adalah sediakan peralatan mainan yang sesuai dan ruang khas untuk set boudary anak-anak.

4.MELOMPAT DAN BERLARI

-Bagus untuk sendi dan keseimbangan

-Meningkatkan koordinasi badan dan postur

-Jantung sihat dan metabolisme tinggi.

Untuk melatih anak melompat dengan betul, anda boleh belikan trampoline untuk mereka.

5.MEMANJAT

– Membina kekuatan otot dan tulang.

-Sangat baik untuk kemahiran menulis.

-Mudah cope dengan stress dan anxiety.

Apa yang penting adalah mak ayah kena pantau dan pastikan anak-anak berada dalam keadaan yang selamat.

6.MENGANGGU SEMASA MEMASAK

-Belajar tentang tanggungjawab.

-Bonding dan connection dengan mak, kemahiran komunikasi.

-Latih fokus dan dengar arahan.

Apa yang anda boleh buat adalah dengan membiarkan anak-anak memegang sudip, cedok beras, basuh beras dan gaulkan makanan. Jangan takut untuk membiarkan anak-anak mencuba.

7.MENGANGGU AYAH BERTUKANG

-Menguatkan role model seorang ayah.

-Tingkatkan koordinasi mata dan tangan.

-Membina perhubungan yang sihat untuk kesihatan mental anak.

Apa yang mak ayah boleh lakukan adalah membimbing anak-anak ketika bertukang dan jangan letakkan harapan yang tinggi dalam kesempurnaan hasil kerja anak-anak.

Sumber: Wawa Shauqi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×