Anak sulung memang selalu dikaitkan dengan sifat kepimpinan yang tinggi dan dikatakan ‘contoh’ buat adik-adik. Mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi secara semulajadi, ramai ibu bapa yang tidak membimbing dan melatih sifat kepimpinan ini dalam kalangan anak sulung dengan betul. Memang rugi kalau sifat kepimpinan anak sulung ini dibiarkan begitu sahaja…
Baca juga: Bahaya Sebenarnya Kalau Tersalah Didik Anak Sulung…
RUGI JIKA MAK AYAH TAK TAHU SIFAT KEPIMPINAN ANAK SULUNG
Ruginya bila mak ayah tak tahu tentang sifat kepimpinan anak sulung ni. Anak sulung memang natural born leader. Cuma bergantung pada cara didikan, anak sulung kita tu boleh jadi akan membesar sebagai seorang Pemimpin (Leader) ataupun Bos (Boss).
Anak sulung yang bersifat Leader ni, dia selalunya:
– suka memujuk
– suka menasihati
– suka melindungi
– suka bekerjasama
– suka mendengar terlebih dahulu
Anak sulung bersifat Boss pulak, dia ni lebih cenderung untuk:
– suka memaksa
– suka memarahi
– suka menguasai
– suka pentingkan diri
– suka beri arahan
Sebab tu mak ayah tolong ambil masa sekejap untuk belajar ilmu didik anak sulung baik baik kerana mereka adalah ketua & pemimpin kepada adik beradiknya yang lain.
Sumber: Dr. Ahmad Luqman Buhkari