DIY & Kraf

Cara Buat Gambar Passport Sendiri Tanpa Guna Aplikasi, Senang!

10.4K
SHARES

“Ala tak cantiklah gambar passport saya ni, gemuk! Nak buat sendiri sahaja lah,,,”

Pasti ramai yang mengalami masalah seperti di atas kan? Ada sahaja yang tak kena dengan gambar passport jika ditangkap di kedai. Gemuk, senget dan mahal pula tu.

Jadi, penyelesaian terbaik adalah dengan membuat sendiri sahaja gambar passport di rumah. Confirm puas hati dan jimat. Yang seronoknya lebih mudah dan cepat tanpa perlu muat turun aplikasi.

Wah, menarik kan? Ikuti perkongsian saudari Nurul Asyiqin di laman Facebook yang menceritakan langkah-langkah DIY gambar passport.

Baca juga: Cara DIY Print Gambar Passport Untuk Kegunaan Sekolah Anak-Anak, Senang & Jimat!

CARA BUAT GAMBAR PASSPORT SENDIRI TANPA GUNA APLIKASI

Tutorial gambar ukuran passport tanpa perlu install editing Apps dengan menggunakan handphone sahaja.

1. Ambil gambar macam biasa. Lebih kemas jika berpakaian formal.

gambar passport

2. Pergi dekat google dan taip sahaja remove bg ataupun tekan link ni.

https://www.remove.bg

gambar passport

3. Bila dah keluar macamni boleh la mula masukkan gambar. Tekan upload image untuk masukkan gambar.

gambar passport

4. Bila dah masukkan gambar tadi auto hilang background belakang rumah yang tak diingini tuu.. Selepas itu, tekan edit.

gambar passport

5. Kemudian dia akan bawa kita ke sini. Pilih mana-mana background yang kita suka.

Kalau gmbar passport biasanya warna biru kan. Jadi, kita click biru. Background warna putih pun ada, background pemandangan pun ada. Pilih yang bersesuaian dengan tujuan anda.

gambar passport

6. Saya pilih biru untuk gmbar passport. Jangan lupa tekan anak panah tu untuk butang download. Tekan download image. Gambar akan masuk dalam galleri phone kita. Dah siap! Itu sahaja.

Sekarang dah tak perlu ke kedai gambar. Jimat duit juga. 

Sumber: Facebook Nurul Asyiqin Arifin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×