DIY & Kraf

Cara DIY Print Gambar Passport Untuk Kegunaan Sekolah Anak-Anak, Senang & Jimat!

2.8K
SHARES
diy gambar passport

Sejak PKP lagi, ramai dalam kalangan ibu bapa yang sudah menceburkan diri dalam bidang DIY. Mana tidaknya, perlu menolong hantar kerja rumah secara online dan ada juga pihak sekolah yang meminta gambar passport anak-anak. Kedai gambar ada yang buka ada yang tutup dalam tempoh PKP, jadi kena DIY gambar passport tersebut la kan?

Terdapat satu perkongsian menarik dari seorang ibu di laman Facebook dimana ibu ini hanya DIY sahaja gambar passport anak-anak di rumah. Apa yang menariknya adalah kualiti gambar seperti ditangkap di kedai dan tak perlukan bajet banyak!

DIY GAMBAR PASSPORT DI RUMAH SAHAJA

diy gambar passport

Sekolah pakat dah mintak gambar passport bebudak ni. Nana shoot dan print sendiri je. Ada yang menyenget, ada yang terlebih renyeh, ada yang malu meow meow.. kasi halal la ye cikgu. Sehelai print boleh dapat 32 keping gambar passport. Kos tak sampai RM2. Kalau buat kat kedai, 4 keping RM16. Kali 3 orang, belum lagi kira mood bebudak ni kelaut. Boleh menyinga mama kat kedai tu nanti. 

Bila buat sendiri, gambar pun lebih menepati citarasa. Boleh ambil masa yang tenang untuk dapatkan mood pasang surut model-model tak terlatih ni. Jimat pun jimat. Jiwa pun tenang. Kesimpulannya..Puas hati I. Tu je nak kabor.

Nak diy sendiri. Ni yang korang perlukan:

1. Smartphone

diy gambar passport

Tak kisah brand apa pun asalkan mampu ambil gambar dengan resolusi yang cantik dan tak jemu mata memandang. Ewahh

2. Apps ID photo di hp/komputer

diy gambar passport

diy gambar passport

Senang guna apps ni sebab background dan size semua kita boleh pilih. Tak payah korang nak cover dinding dah. Dulu ada kawan sampai beli kain biru dekat Jakel semata-mata nak buat background gambar passport. Kini semuanya hanya di hujung jari anda. Selain guna apps di phone.. Boleh juga guna PC seperti guide dan website dibawah ni.. Encik abang Nana gigih buat video nak bagi ramai yang faham. Korang pergi la jengah ye.

video cara untuk buat background dan template pic di PC :- https://www.youtube.com/watch?v=acK__KUvlHE

website edit back ground :- https://clipping.focodesign.com/

website edit template untuk print :– https://makepassportphoto.com/

3. Printer dengan ink berwarna

Tak kisah brand apa pun asalkan ada setting untuk glossy paper. Nana guna printer biasa je. Brand Epson. Bau kedai lagi ni. Yang lama Canon kiok dah setelah lama berkhidmat. Jasamu akan kukenang Canon!

4. Photo glossy paper

diy gambar passport

Musim PKP ni korang beli online je. Dekat shoopee, lazada ada jual. Bawah RM10 boleh dapat untuk 20 keping. Murah je kan. Nak Chinese New Year ni lagi banyak sale tau. Owh, pastikan korang set glossy paper kat printer sebelum print ok.

5. Kesabaran dan kerajinan yang jitu

Part ni amat penting ketika shooting. Bonus andai model anda jenis kaki selfie dan beri kerjasama yang padu. Nana snap gambar anak-anak semua pada waktu yang berbeza. Bergantung pada mood mereka pada ketika itu. Takpa, ambil masa untuk dapatkan hasil gambar terbaik. Tak puas hati, delete. Ambil balik. Apa ada hal. Ini kan kedai gambar korang yang punya. Open 24/7. Chill. Akhir kata, selamat buka kedai gambar buat korang semua. All the best!

Sumber: Nana Ruzanna

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×