Bermula tahun hadapan 2025, passport Malaysia memerlukan permit ETIAS untuk melawat beberapa negara Eropah. Permohonan perlu dibuat empat hari sebelum tiba di mana-mana negara Eropah.
Permit ETIAS adalah European Travel Information and Authorization System yang merupakan kebenaran perjalanan ke negara Eropah.
Baca juga: Percutian Bajet Di Batam Selama 2H1M, Hanya RM500 Sekali Shopping. Berbaloi Sangat!
PERMIT ETIAS UNTUK PASSPORT MALAYSIA DIPERLUKAN TAHUN 2025
Bagi yang nak melawat Eropah untuk tahun 2025, anda dah kena mohon secara atas talian permit ETIAS, selewat-lewatnya 4 hari sebelum tiba di mana-mana negara Eropah, iaitu 27 negara semuanya.
Antara negara yang terlibat adalah Austria, Belgium, Bulgaria, Croatia, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Estonia, Finland, France, Germany, Greece, Hungary, Iceland, Italy, Latvia, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Malta, Netherlands, Norway, Poland, Portugal, Romania, Slovakia, Slovenia, Spain, Sweden dan Switzerland.
Semua jenis pengangkutan sama ada kapal terbang, kapal laut atau darat memerlukan permit ETIAS untuk anda berada di 27 negara Eropah ini.
ETIAS sah laku dengan nombor passport yang sama, untuk jangka masa 3 tahun, tetapi tidak boleh tinggal melebihu 90 hari di dalam 27 negara tersebut.
Permit ETIAS ini percuma untuk kanak-kanak berusia bawah 18 tahun dan bagi yang berumur lebih 70 tahun. Permohonan boleh dilakukan di laman rasmi iaitu https://etias.com/
Jadi, bagi anda yang ingin mengembari ke bumi Eropah ini dari Malaysia, pastikan mohon permit ETIAS ini agar perjalanan anda berjalan dengan lancar.
Semoga artikel perkongsian ini memberi manfaat buat anda semua!
Baca juga: Itinerari 5H4M Bercuti Di Labuan Bajo Versi Mesra Kanak-Kanak, Indah Tak Terkata!
Sumber: Facebook Nora Othman dan ETIAS