Nur

Hukum Solat Terlalu Cepat Macam Keretapi, Nampak Tak Ada Apa Tapi Sebenarnya …

17
SHARES
HUKUM SEMBAHYANG LAJU

Setengah orang menunaikan solat terlalu laju sehingga lupa mengenai hukum sembahyang laju. Hal ini perlu dititikberatkan kerana risau rukun dan syarat sah solat tidak dilakukan dengan betul.

Bagi merungkai persoalan mengenai hukum menunaikan solat secara laju, di bawah ini penulis kongsikan jawapan daripada Ustaz Azhar Idrus. Jom baca sehingga habis.

Baca juga: Kelebihan Baca Kalimah Bismillah Dalam Kehidupan Seharian, Pendek Tapi Bermakna

HUKUM SEMBAHYANG LAJU, SAH SOLAT ATAU SEBALIKNYA?

HUKUM SEMBAHYANG LAJU

Solat yang dikerjakan secara cepat atau lambat pada dasarnya sah. Namun perlu diingatkan agar segala rukun dan syarat sah solat cukup serta tidak tertinggal.

Sekiranya solat yang dilakukan secara cepat dan terburu-buru sehingga tidak sempurna rukun dan syarat, maka hukumnya adalah tidak sah.

Menurut beliau, antara perkara yang boleh menyebabkan solat tidak sah dan batal adalah kerana membaca surah al-Fatihah dengan tidak sempurna. Jika terlalu laju sebutan huruf dan makhrajnya mungkin tidak sah kerana tidak betul.

Solat yang sempurna wajib disertakan dengan toma’ninah. Jika dilakukan dengan terlalu laju, ini bermakna tiada berhenti seketika untuk setiap rukun solat.

Syeikh Syed Abdullah bin ‘Alawi Al-Hadad berkata:

“Terlalu cepat dan terburu-buru dalam solat ini dan yang seumpamanya adalah termasuk sebesar-besar tipu daya syaitan bagi orang beriman yang membatalkan pahala amal yang telah mereka amalkan. Jauhilah dari perlakuan sebegini dan berjaga-jagalah baginya.”

Rasulullah SAW melarang solat dalam keadaan terburu-buru kerana risau ada perkara wajib tertinggal sehingga menyebabkan solat tidak sah.

Kesimpulannya, jika solat dilakukan tidak sempurna rukun dan syaratnya kerana terlalu laju, maka ia wajib diulangi sekali lagi.

VIDEO PENUH:

Semoga bermanfaat.

*Solat laju-laju nak pergi mana?

Baca juga: Surah At-Taubah Ayat 128 & 129 Rumi, Amalkan Baca 7 Kali Selepas Solat Fardu

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×