Suami Isteri

Kesilapan Besar Suami Zaman Sekarang Buat, Boleh Jadi Punca Rumah Tangga Retak!

41
SHARES
TANGGUNGJAWAB SUAMI

Pada zaman moden ini tanpa sedar tanggungjawab suami yang hakiki banyak dilupakan. Hal ini mungkin disebabkan, ramai isteri sekarang sudah berada sama tinggi dengan kedudukan suami dan lebih selesa berdikari sendiri.

Perkara ini tidak bagus kerana boleh meruntuhkan rumah tangga seperti yang diterangkan oleh Maryam Salwany di laman Facebooknya.

Baca juga: Tawan Hati Pasangan Ikut Cara Nabi Muhammad SAW Amalkan, InsyaAllah Bahagia

TANGGUNGJAWAB SUAMI SEMAKIN DILUPAKAN, INI SEBABNYA

TANGGUNGJAWAB SUAMI

Tahu tak, kesilapan besar lelaki sekarang adalah terlalu selesa membiarkan isterinya hidup berdikari dan menguruskan hidup seorang diri.

Itu bagus untuk mereka tapi tidak bagus untuk hubungan. Perempuan zaman sekarang mampu memandu sendiri ke mana hala yang dia ingin tuju, tanpa perlu bergantung pada suami.

  • Menguruskan anak-anak sendiri
  • Beli barang keperluan di pasar raya sendiri
  • Makan seorang diri di tengah orang ramai
  • Menguruskan emosinya sendiri
  • Menangis bawah shower
  • Berseronok makan kek depan tv sendiri

Kamu tidak langsung bertanya rutinnya kerana kamu fikir tak banyak beza pada rutinnya setiap hari. Sepertinya sudah masak dgn jadual hariannya.

Sibuk memenuhi kekosongan jiwa di media sosial, smartphone application atau game. Sibuk dengan kerja sendiri dan kawan-kawan daripada mengambil tahu kekosongan pasangan sendiri.

Sama ada kewujudan kamu disedari atau tidak. Its same, sampai satu tahap dia akan fikir semua benda boleh buat sendiri so apa guna ada kamu lagi?

Call lah walau seminit atau mesej lah walau sepatah. Jadikan itu rutin walau di mana jua. Walau kesibukan mengejar kamu.
Walau masa mencemburui kamu.

Sekurangnya tanya dia, adakah hari ini kamu ok? Sihat ke tidak dia, tanya dia awak dah makan ke belum? Ada apa-apa masalah ke hari ini.

Benda yang kamu rasa remeh dan kecik untuk ditanya itulah yang sebenarnya mampu menyentuh hati dia, paling dalam. Sekurang-kurangnya dia masih rasa you are still there in her life .

Tapi percayalah bila hatinya telah tawar buat macam mana pun tetap akan tawar. Isteri amanah Allah untuk kamu zahir dan batin.

Jangan sampai isteri kamu akan mati rasa terhadap kamu. Mungkin nampak dia tak kisah tetapi dia memendam rasa yang teramat sangat.

Seandainya kamu meremehkan perasaan dan hati seorang isteri jawablah kamu dengan Allah di akhirat kelak. Jangan tanya mengapa rezeki kamu sempit kerana kamu sendiri menyempitkan ruang kasih sayang kamu pada seorang yang bergelar isteri.

Andai rasa sukar mahu membahagiakan orang lain, usahakan membahagiakan dirimu terlebih dahulu dan kamu akan bisa membahagiakan orang lain tanpa ada apa-apa masalah.

Baca juga: Tiga Suasana Di Rumah Yang Tak Patut Wujud, Suami Jangan Sesekali Ambil Ringan

Sumber: Facebook Maryam Salwany

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×