Dapur

Resepi Waffle Ikut Sukatan Betul, Garing Di Luar Gebu Di Dalam!

2.7K
SHARES

Salah satu makanan yang menjadi kegemaran anak-anak apabila berkunjung ke pasaraya adalah waffle. Bukan sahaja mengenyangkan malah waffle juga mempunyai kepelbagaian perisa yang menarik. Tapi, disebabkan kes jangkitan wabak Covid-19 pun masih belum reda, lebih elok jika kita buat sendiri sahaja menu waffle ini di rumah dan kurangkan pergerakan di luar. Macam mana nak buat waffle yang garing di luar dan gebu di dalam? Ini resepi waffle ikut bancuhan yang betul anda kena cuba!

Baca juga: Cara Buat Roti Pandan Gula Melaka Macam Roti Gardenia Viral 

RESEPI WAFFLE GARING, GEBU DAN SEDAP

Waffle sedap..anak nak makan waffle..sapa nak try, saya sertakan resepi ya. Saya pun ambik resepi kat fb juga.. bila sedap saya akan salin. Tq tuan punya resepi..saya sertakan maker waffle ya..dekat pic last..saya beli kat shopee maker waffle ni..tak ingat berapa RM..lama dah beli..resepi ni paling sedap..sebelum ni tak berapa sedap..

-3 cawan tepung gandum

-2 1/2 cawan air : 1 cawan susu, 1 1/2 full cream

-3/4 cawan minyak masak atau butter cair

-2 biji telur

-esen vanila

– 2 sudu makan susu tepung

-3 sudu gula kastor

-1/2 sudu teh garam

-1 sudu makan baking powder

-1/4 sudu teh baking soda

Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan pukul sehingga sebati.

Boleh letak jem strawberi, coklat dan peanut butter sebelum lipat waffle.

Biarkan adunan selama 10- 15 minit. Masukkan ke dalam bekas pembuat waffle dan biarkan masak. Siap!

resepi waffle

*Memang nampak macam dibuat di kedai. Boleh cuba!

Sumber: Nor Asiah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×