Dapur

Cara Buat Roti Pandan Gula Melaka Macam Roti Gardenia Viral

884
SHARES

Sejak kebelakangan ini, memang viral di laman media sosial tentang roti pandan gula melaka Gardenia keluaran baharu yang mempunyai rasa gula melaka pandan. Bukan itu sahaja, semua pasaraya yang menjual roti ini pun kehabisan stok gara-gara mendapat permintan pelanggan yang tinggi!

Jadi, asyik sold out sahaja tekak pun dah lama teringin nak merasa bukan? Oleh itu apa kata anda buat sendiri roti pandan macam roti pandan Gardenia ini di rumah. Memang sama!

Baca juga: Cara Tempah Roti Gardenia Secara Pukal Untuk Doorgift Majlis Perkahwinan

CARA BUAT ROTI PANDAN GULA MELAKA MACAM ROTI GARDENIA

Salam semua. Hari ni saya buat tiruvasi. Roti pandan gula melaka. Jom kita start.

BAHAN-BAHAN

500g Tepung roti

15g Tepung susu

15g Tepung ubi

14g Kelapa parut

8g Garam

50g Gula kastor

11g Yis kering

5g Bread improver *optional

10g Pandan paste

40g Shortening

330g Air tapis

30g Gula melaka

Cara-Cara

1. Masukkan kesemua bahan kering ke dalam mixer (kecuali gula melaka). Seterusnya masukkan air dan pandan paste dan uli pada kelajuan perlahan

2. Selepas doh terbentuk, masukkan shortening dan uli pada kelajuan sederhana sehingga doh “fully developed”

3. Pindahkan doh ke atas meja dan bahagikan doh kepada 2 biji. Anggaran 480g sebiji

4. Gelek doh dan taburkan gula melaka di atasnya. Anggaran 15g setiap doh.

5. Gulung doh dari atas ke bawah dengan kemas

6. Pindahkan doh kedalam loyang pembakar. Saya pakai saiz 20cm x 10cm x 10cm

7. Kembangkan doh sehingga 3/4 ketinggian doh. *tadi saya biarkan kembang lebih sikit.

roti pandan

8. Bakar pada suhu 180-200 darjah selsius selama 30-40 minit. (Bergantung kepada oven masing-masing). Siap!

roti pandan bakar

Selamat mencuba!

Sumber: Ritzuwan Syde

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×