DIY & Kraf

Cara Untuk Tempah Roti Gardenia Secara Pukal Untuk Doorgift Majlis Perkahwinan

1K
SHARES

Kini, kerajaan sudah membenarkan majlis seperti kenduri kahwin di negeri PKPB adalah 50% kapasiti ruang, manakala untuk negeri PKPP adalah mengikut kepada keluasan kapasiti. Jadi, ramai dalam kalangan kita yang mengambil peluang ini untuk melangsungkan majlis perkahwinan terutama bagi mereka yang sudah menangguh sekian lama.

Bila dah nak buat majlis, pasti elemen yang paling penting untuk tetamu adalah buah tangan atau ‘doorgift’ bukan? Antara yang mendapat sambutan adalah dengan memberi roti Gardenia sebagai buah tangan buat tetamu. Memang menarik tetapi macam mana caranya untuk membuat pesanan? Ini perkongsiannya.

STEP UNTUK TEMPAH ROTI GARDENIA

1. Amik telefon picit nombor 03-516 13228. Telefon kilang gardenia dan mintak lah nak cakap dengan Puan Farah. Jangan kedekut credit sangat. Letih dah saya cerita kat post dari tahun lepas.

2. Bagi tahu Cik/Puan/Datin/Puan Seri nak tempah berapa banyak roti. Kalau nak tau harga sila lah tanya dulu. Kalau kena dengan bajet boleh proceed langkah seterusnya.

3. Lepas dapat harga, depa akan bagi no akaun gardenia & email. Apa kita kena buat, kita kena bayar duit dan kita kena email resit dalam bentuk PDF.

4. Waktu send email bagi sekali details kita. Nama, Alamat, Tarikh nak hantar roti, berapa banyak roti nak, dan no telefon kita.

Okey, sampai hari kejadian tak yah dok gelabah apa. Memang lori gardenia akan sampai depan umah hg. Zis pun cempera gak dok tunggu.

Dah sampai tue, kita pack sendiri lah roti masuk lam kotak tue nah. Kita bayar harga roti dan harga kotak tue sekali. Dalam RM 2.65 tahun lepas. Tahun ini tak tau.

Tak ada charge delivery. Percuma sahaja sampai depan pintu umah kita. JIKA BAJET HAMPA BAWAH RM 2. BOLEH TEMPAH NUMEE GARDENIA, SIAP SEKALI KOTAK JUGA.

Ok selamat menempah!

Sumber: Nurshahira Rosli/ Gardenia Bakeris KL

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×