DIY & Kraf

7 Idea Doorgift Simple & Murah, Boleh Jimat Banyak!

17
SHARES

Doorgift adalah hadiah dari pihak pengantin kepada tetamu sebagai tanda terima kasih kerana sudi menghadiri majlis yang dijemput. Doorgift bukanlah sesuatu yang wajib tetapi hanyalah sekadar memenuhi adat turun temurun.

Antara idea doorgift yang sering menjadi pilihan pada zaman dahulu ialah telur rebus atau telur pindang. Namun, mengikut peredaran masa, pelbagai jenis doorgift akan diberi mengikut umur.

Jadi, bagi bakal pengantin atau tetamu rumah yang tiada idea, boleh tengok senarai idea doorgift di bawah. Lagi mudah kerana boleh dibeli secara online juga. Wah!

Baca juga: Idea Barang Hantaran Dari Pihak Lelaki Untuk Bakal Isteri, Beli ‘Online’ Je!

7 IDEA DOORGIFT SIMPLE & MURAH, BOLEH JIMAT BANYAK

Antara idea door gift atau goodies untuk pahala berpanjangan walaupun dah habis majlis. Ada yang bawah RM1 je tapi sangat praktikal dan comel.

Masa walimatul urus ni lah kita nak doa dari semua tetamu yang hadir. Semoga dengan cara ni Allah berkati rumah tangga kita, mula dari hari pertama nikah sampai bila-bila. Semoga bermanfaat!

1. TASBIH DIGITAL

Murah sangat, RM0.98 je 1 pcs. Semoga kita pun dapat pahala setiap kali tetamu guna untuk berzikir.

Beli dekat sini: https://shp.ee/rtvzead

2. HONEY JAR

Makanan sunnah. RM1.80 je untuk botol 20 ml. Free sticker dan tali. Sticker tu boleh design sendiri, ikutlah nak tulis apa.

Beli dekat sini: https://shp.ee/fa3n89d

3. SEJADAH MINI

Harga RM1.99 je sehelai. Sesuai untuk travel atau bawak ke mana-mana. Semoga digunakan untuk sujud kepada Allah.

Beli dekat sini: https://shp.ee/d2zumdd

4. SET YASSIN, TASBIH & KOTAK

Satu set lengkap dalam RM2 lebih je. Ikut pakej kita nak, mula dari RM0.60 pun ada.

Beli dekat sini: https://shp.ee/aartucd

5. TUDUNG BAWAL

Ada yang boleh dapat dalam RM2.99 je sehelai. Tudung ni boleh gubah macam-macam. Ikat dengan ribbon, atau buat bouquet pun cantik. Semoga pahala mengalir untuk pemberi selagi digunakan menutup aurat.

Beli dekat sini: https://shp.ee/qnnbayd

6. KURMA JAR & MAKANAN SUNNAH LAIN

RM3.70 untuk balang 150 ml. Ada lebih kurang 10 pcs bercampur.

Beli dekat sini: https://shp.ee/fvr9a3d

7. TELEKUNG TRAVEL

Paling murah RM13.83 je. Untuk yang bajet lebih sikit, boleh hadiahkan ni. Semoga bermanfaat untuk tetamu.

Beli kat sini: https://shp.ee/yzk3zhd 

Sumber: Facebook Ain Makter

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×