Dapur

Resepi Kek Span Pandan, Pastikan Buat 1 Teknik Ini Baru Jadi Gebu Gebas!

22
SHARES
resepi kek span pandan

Salah satu jenis kek yang sering menjadi pilihan dan boleh dimakan tidak kira pagi atau malam adalah kek span pandan. Tidak terlampau manis dan tidak mempunyai hiasan ekstra seperti ‘buttercream’ di atasnya membuatkan kek span pandan ini sedap di mulut serta mengenyangkan. Jadi, mesti anda tercari-cari resepi kek span pandan yang betul-betul menjadi bukan?

Untuk mendapatkan kek span yang gebu dan lembut, terdapat beberapa teknik adunan yang perlu dilakukan. Oleh itu, berikut merupakan antara resepi kek span pandan yang mendapat perkongsian ramai dan anda boleh cuba.

Baca juga: Cara Buat Cornflakes Madu Guna Air Fryer, 15 Minit Siap & Boleh Jadi Kudapan Semasa Raya!

RESEPI KEK SPAN PANDAN, GEBU ELOK!

resepi kek span pandan

Bahan-bahan:

-5 biji telur gred A
-2 cawan tepung gandum
-1 cawan gula
-200ml santan
-2 sudu makan susu pekat
-1 sudu serbuk penaik
-1 sudu ovalette
-Emulco pandan
-Pewarna hijau

Cara-cara:

1. Putar telur dan gula sampai kembang.

2. Masukkan susu + ovalette dan putar lagi sehingga adunan kembang dan menjadi gebu..

3. Masukkan tepung gandum yang diayak bersama serbuk penaik..masuk sedikit demi sedikit..nak kaup balik pun boleh..

4.Akhir sekali masukkan santan + emulco pndan + pewarna hijau dan sebatikan..

5.Letak adunan dalam loyang size 8×8..panaskan oven 5-10 minit..bakar pada suhu 160 selama 40 minit bergantung pada oven masing-masing.

resepi kek span pandan

*Pastikan pukul sampai kembang dan betul-betul gebu adunan untuk menghasilkan kek yang gebu gebas.

Selamat Mencuba!

Baca juga: Cara Masak Beras Basmathi Supaya Lembut & Peroi, Ada 4 Pantang Larang Jangan Buat!

Sumber: Kuali Mama

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×