Dapur

Resepi Kek Span Pandan Terlajak Gebu, Tekan-Tekan Naik Balik!

1K
SHARES

Kek yang lembut dan gebu sudah semestinya akan menjadi ‘kegilaan’ bagi peminat makanan pastri. Jenis kek yang paling mudah dimakan dan paling mudah didapati di pasaraya sudah semestinya kek span pandan. Enak dimakan tidak kira waktu dan digemari juga oleh anak-anak menjadi kek ini selalu ‘laku keras’. Bila dibuat di rumah tak menjadi pula ‘span’ dan kegebuan kek tersebut. Jadi, jom kita ikut resipi ang dikongsikan di Facebook ini tentang cara untuk buat kek span pandan yang memang lembut!

Resepi Kek Pandan Fluffy Teruk

Subhanallah, bertalu-talu friend baru masuk lepas penangan puding campur dan sagu gula melaka durian.Wife saya gtaw “ tulah kan berguna saya request itu ini. Nanti saya fikir nak makan apa lagi “ Saya bagi resepi dan petua tanda terima kasih. Kek span pandan ni antara fav sebab tekan-tekan dia naik balik. Wow.

Bahan A

• 5 biji kuning telur gred A + 1 biji telur gred A

• 65 gram minyak jagung

• 90 gram susu segar

• 1 sudu makan pandan paste

• 70 gram tepung naik sendiri

1. Akak whisk tangan telur tu hingga sebati. Masukkan minyak jagung, susu bersama pandan paste dan kacau hingga sebati. Ayak tepung dan kacau hingga halus elok. Akak nak guna tepung gandum pun boleh. Tambah baking powder dalam 1/2 sudu teh dan ayak sebati.

Ini bentuk soft peak. Kalau terover pukul,boleh tambah telur putih sebiji dan start semula. Lepas tu sukat waktu masuk tu pd sukatan asal. Pastikan ianya tahap ni sahaja kalau tak kek akan mendap lepas siap dibakar.

Bahan B

• 5 biji putih telur gred A

• 70 gram gula halus

1- Akak masuk semua putih telur lepas tu rilek je kacau dengan mixer tangan atau mesin sampi mula berbuih. Lepas tu baru pecut laju sambil buh gula sedikit demi sedikit.Naikkan lagi kelajuan sampai habis biar terbentuk soft peak, terus stop. Masuk dalam adunan tadi berperingkat.Kaup balik.

2- Gunakan loyang size 7×7 yang dialas dasar dia dengan baking paper .Bakar guna teknik waterbath ( isi air panas dalam dulang ) 30 minit pertama , bakar pada suhu 160’C dan selepas tu, buka oven dan tutup permukaan atas dengan aluminium foil.Untuk elakkan dari hangit atau terlalu perang di atas. Bakar lagi 30 minit pada suhu 140’C

Masa pembakaran mungkin berbeza sedikit ikut jenis oven akak. Setel.

Sumber : Ben Safwan 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×