Hebahan

Mahukan Persekitaran Terbaik Untuk Anak-Anak Menuntut Ilmu? Jom Pergi Ke Hari Terbuka IUMW

8.5K
SHARES

Ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Lebih-lebih lagi berkaitan pendidikan. Bagaimana jika mereka dapat sambung belajar di tempat yang tidak kondusif? Pasti mereka tidak dapat fokus dalam pembelajaran. Risaunya!

Penting untuk kita pilih persekitaran terbaik untuk anak-anak belajar. Ia harus mempunyai kejiranan yang baik, fasiliti yang lengkap dan akses yang mudah. Tapi di mana tempat sebegitu berada?

IUMW, tempat sambung belajar dengan persekitaran terbaik!

Jika anda mencari tempat sambung belajar yang kondusif, kami rekomen International University of Malaya-Wales (IUMW). Ia merupakan kerjasama antara dua universiti terbaik di dunia, Universiti Malaya, Malaysia dan University of Wales, United Kingdom. Anak-anak anda juga boleh capai impian untuk sambung belajar di luar negara tau.

Apa yang best sangat dengan persekitaran di IUMW hinggakan ramai ibu bapa menghantar anak-anak untuk sambung belajar di situ? Haa.. Ini antara sebabnya!

Lokasi strategik dengan pemandangan penuh kehijauan

Untuk pengetahuan anda, IUMW terletak bersebelahan Sasana Kijang Bank Negara dan Kampung Padang Merbuk yang eksklusif, di sebelah Bukit Tunku dan Taman Duta. Pelajar di sini dapat lihat bangunan pencakar langit Kuala Lumpur yang dikelilingi pohon menghijau. Segarnya mata tengok macam ni.

Lepas seharian berada di dalam kelas, mesti mata rasa penat dan mengantuk. Orang kata, kalau nak rasa segar tengok benda-benda yang menghijau. Petang-petang bolehlah anak-anak jamu mata tengok pemandangan yang indah di sekitar IUMW. Taklah mereka mengantuk dalam kelas lagi.

Berhampiran dengan pelbagai tempat hiburan, boleh hilangkan stres belajar

Paling menarik, IUMW berada berdekatan Sunway Putra Mall. Memang tempat terbaik untuk anak anda shopping, makan, dan berseronok selepas kelas. Hujung minggu, mereka bolehlah pergi situ untuk bersantai atau tengok wayang dengan rakan-rakan. Boleh release tension.

Di seberang IUMW pula ada Putra World Trade Centre (PWTC), sebuah pusat konvensyen terkemuka untuk mesyuarat, insentif, persidangan, dan pameran. Biasanya memang banyak event diadakan di PWTC. Boleh jadi sumber rangkaian dan inspirasi untuk pembelajaran anak-anak anda.

Akses pengangkutan awam, senang nak ke mana-mana

Kalau anda nak tahu, IUMW juga dihubungkan dengan rangkaian pengangkutan yang sangat baik. Ia menghubungkan seluruh Malaysia dan dunia melalui KL Sentral dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Mudah untuk anak-anak pulang ke kampung ketika musim perayaan!

Kawasan Titiwangsa dianggap sebagai hab transit satelit, dengan Stesen Putra (jalur Komuter KTM), PWTC (jalur LRT STAR), dan Titiwangsa (laluan Monorel KL). Jaraknya tidak jauh. Boleh jalan kaki saja dari IUMW. Terdapat juga perkhidmatan bas awam Go KL yang menawarkan tunggangan percuma untuk penumpang di Daerah Pusat Perniagaan di KL. Jimat!

Itulah antara sebab IUMW menjadi pilihan ramai sebagai tempat belajar yang kondusif. Kalau anda mahu anak-anak anda sambung belajar di IUMW, bolehlah ajak mereka ke Hari Terbuka IUMW!

Jom pergi ke Hari Terbuka IUMW, bawa anak-anak sekali

Untuk makluman, IUMW akan mengadakan Hari Terbuka IUMW bermula 24 hingga 26 Mei 2019, jam 10 pagi hingga 5 petang. Wah, peluang baik ni! Bolehlah anak-anak anda survey program yang mereka minat untuk pelajari.

Selain sebagai tempat belajar yang kondusif, IUMW juga menjadi tempat untuk anak-anak anda membina kerjaya selepas tamat pembelajaran. Menurut Kajian Pengesanan Graduan Kementerian Pengajian Tinggi, 94% daripada graduan IUMW telah bekerja atau mendaftar dalam program akademik lain dalam tempoh enam bulan tamat pengajian. Gempaklah!

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari iumw.edu.my, e-mel mereka di [email protected], atau hubungi 03-2617 3131. Jangan lupa like  dan follow  Facebook Page International University of Malaya-Wales di bawah.

Jom kita beramai-ramai ke Hari Terbuka IUMW. Bawa satu keluarga pergi sekali. Boleh juga ajak kawan-kawan yang mahu sambung belajar tu. Bukan senang nak dapat tempat belajar yang selesa macam ni. Hanya di IUMW sahaja!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×