Famili

PM Umum Pelajar Tahap Dua & IPT Terima Baucar Buku Bernilai RM100

15
SHARES
BAUCAR BUKU RM100

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan baucar buku RM100 akan diberi kepada pelajar Tahap Dua sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT).

Baucar tersebut boleh dituntut melalui cara yang akan diumumkan pada hari ini pada jam 2 petang nanti.

Baca juga: 11,713 Calon Dapat Semua A Keputusan SPM 2023, Lebih Baik Dari 2022

BAUCAR BUKU RM100 UNTUK PELAJAR TAHAP DUA & IPT

BAUCAR BUKU RM100

Jelasnya, baucar ini bukan sahaja diberikan kepala pelajar bersekolah jenis kebangsaan sahaja sekolah Arab, sekolah jenis kebangsaan Cina atau Tamil dan universiti juga akan dapat.

“Bagi tahun ini, kita mulakan dari Darjah Empat, untuk mengurangkan tekanan kewangan kerajaan. Ia turut diberikan kepada pelajar sekolah menengah, universiti, kolej, institusi pendidikan guru dan sebagainya,” katanya.

Selain itu, Anwar berharap agar pemberian baucar ini digunakan untuk membeli buku bermanfaat dan mempunyai nilai. Hal ini kerana sebelum ini ada yang memilih buku tidak bersesuaian.

“Saya juga menganjurkan supaya (dibuat) senarai judul tertentu agar sebahagian peruntukan baucar itu digunakan untuk membeli buku yang diusulkan dan sebahagian lagi diberi kelonggaran bagi anak-anak memilih sendiri. Kenapa saya sebut begitu… kerana mengikut amalan lalu, buku dipilih (anak-anak) adalah buku picisan yang tidak bernilai, tambahnya.

Masyrakat juga diharapkan agar memahami mengenai makna ilmu sebenar supaya tidak terdedah dengan maklumat atau karya yang tidak berfaedah.

“Bukan semua maklumat itu adalah ilmu. Ada juga maklumat yang hanya sekadar maklumat, selain ada juga yang masuk kategori ilmu. Ilmu seperti dikupas ulama serta sarjana, ada yang memberikan manfaat dan tidak memberi manfaat,” katanya.

Baca juga: Seramai 85,706 Calon SPM 2023 Gagal Subjek Matematik, Apa Puncanya?

Sumber: BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×