Umum mengetahui, aplikasi MyHRMIS Mobile adalah digunakan oleh pekerja kerajaan dan ia merupakan inisiatif baik yang merangkumi semua fungsi-fungsi penting.
Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian pengguna Facebook, sesetengah pekerja kerajaan mungkin mengalami masalah tidak dapat log masuk akaun di aplikasi MyHRMIS. Hal ini boleh diselesaikan seperti perkongsian di bawah.
Baca juga: Cara Tebus Baucar Buku RM100, Guna Aplikasi DELIMa KPM Ini
APLIKASI MYHRMIS MOBILE TAK BOLEH LOG MASUK? INI CARANYA
Penjawat awam yang sedia ada pakai aplikasi MyHRMIS Mobile, sila daftar Mydigital ID untuk login aplikasi MyHrmis Mobile ya. Dah tak boleh log in pakai IC & password lama. (Pengguna kali pertama aplikasi myHrmis mobile ini masih boleh log in guna nombor kad pengenalan & password).
Cara-caranya adalah:
1. Buka aplikasi Mydigital ID. Tak perlu scan QR code, bahagian atas kiri ada 3 bar option, pilih ‘Penjawat Awam’.
2. Bukan yang ‘Daftar Online’ tu ya. Masukkan e-mel rasmi. Tunggu 6 nombor OTP dari e-mel untuk langkah seterusnya iaitu eKYC.
3. Isi bahagian nama, nombor kad pengenelan, gambar kad pengenalan depan dan belakang serta swafoto (selfie).
4. Selepas itu, tunggu eKYC verify nama dan kad pengenalan anda. Jika tak berjaya, perlu tangkap semula gambar kad pengenalan & swafoto. Pastikan gambar itu jelas dan tak silau.
5. Jika berjaya, akan keluar paparan seperti ini. Mydigital ID anda dah berjaya didaftarkan dan boleh digunakan untuk log in MyHRMIS mobile.
Sekiranya tidak berjaya, sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan proses pendaftaran, boleh hubungi:
MyDigital ID Helpdesk di emel [email protected] 03-86872772
Masa Operasi Helpdesk: Isnin – Jumaat, 8:00 pagi – 5:30 petang
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Senarai Biasiswa Lepasan SPM Untuk Sambung Belajar Ke Luar Negara
Sumber: Facebook Mohammad Khairul Azhan