Sihat

Pakar Saran Suami Makan Kacang Supaya Sperma ‘Padu & Melimpah’, Barulah Proses TTC Berjaya!

6
SHARES
kesuburan lelaki

Menurut Persatuan Reproduksi dan Embriologi Manusia Eropah di Barcelona, makan kacang boleh meningkatkan jumlah sperma dan kesuburan lelaki secara saintifik. Malah, pakar turut menyarankan buat pasangan yang sedang melalui proses Trying To Conceive (TTC) untuk masukkan kacang dalam pemakanan seharian.

Buat pasangan yang pernah beberapa kali TTC, tak salah untuk cuba bukan? Berikut merupakan penjelasan lanjut.

Baca juga: Kenali Warna Air Mani Normal & Tak Normal, Petanda Tahap Kesuburan Lelaki Kena Tahu

TINGKATKAN KESUBURAN LELAKI & SPERMA, PASANGAN TTC BOLEH AMAL MAKAN KACANG

kesuburan lelaki

Foto: Freepik

Untuk kajian di Barcelona itu, penyelidik merekrut 119 lelaki berusia 18 dan 35 tahun, yang dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan makan 60 gram badam, kacang hazel dan walnut setiap hari sebagai tambahan kepada diet biasa ‘ala-Barat’ sementara kumpulan kedua tidak mengambilnya.

Menariknya, selepas 14 minggu, kumpulan kacang mencatat perkembangan ketara dalam jumlah sperma, gaya hidup, pergerakan dan bentuk, semuanya dikaitkan dengan kesuburan lelaki, kata satu kenyataan. Selain itu, subjek dalam kelompok mengambil kacang juga menunjukkan pengurangan ketara paras perpecahan DNA sperma, parameter dikaitkan rapat dengan ketidaksuburan lelaki!

Menurut National Peanut Board, satu hidangan kacang tanah mengandungi 7 gram protein serta 30 vitamin dan nutrien, yang sangat bagus untuk nutrisi keseluruhan apabila anda merancang untuk hamil dan semasa wanita sedang mengandung! Kajian mendapati bagi wanita dan lelaki, kacang tanah adalah tambahan yang bagus untuk hidangan dalam hal kesuburan.

BANYAK NUTRIEN UNTUK KESUBURAN

kesuburan lelaki

Foto: Freepik

Secara umumnya, makan kacang ketika proses TTC adalah digalakkan kerana kacang kaya dengan pelbagai nutrien yang penting untuk kesuburan lelaki dan wanita, seperti:

-Asid folik: Penting untuk perkembangan janin yang sihat dan mencegah kecacatan tiub neural.
-Protein: Membantu dalam pengeluaran hormon dan telur yang sihat.
-Lemak sihat: Menyokong keseimbangan hormon dan ovulasi yang teratur.
-Zink: Meningkatkan kualiti sperma dan ovulasi.
-Vitamin E: Antioksidan yang melindungi telur dan sperma daripada kerosakan.

Oleh itu, berikut merupakan jenis kacang yang disyorkan:

1.Badam: Kaya dengan vitamin E, asid folik, dan lemak sihat.
2.Kacang walnut: Sumber omega-3 yang baik untuk kesihatan reproduktif.
3.Kacang Brazil: Tinggi selenium, yang penting untuk kualiti sperma.
4.Kacang tanah: Sumber protein dan asid folik yang baik.

*Namun, perlu diingatkan, jika anda alah kepada kacang, elakkan memakannya dan jangan ambil secara berlebihan ya!

Baca juga: Hukum Beronani Tapi Tak Keluar Air Mani/Air Mazi, Persoalannya, Perlu Ke Mandi Wajib?

Sumber: Berita Harian, National Peanut Board

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×