Asuh

3 Makanan Ini Bagus Untuk Otak Anak, Tak Cepat Lupa & Kuat

7
SHARES

Kita adalah apa yang kita makan. Begitu juga anak-anak kita. Apa yang disemai itulah yang dituai. Kecerdasan otak anak-anak bergantung kepada rangsangan semasa pertumbuhan mereka sejak bayi.

Terdapat pelbagai jenis rangsangan yang mempengaruhi, salah satu pemakanan. Pengambilan makanan yang berkhasiat akan membantu memberikan fokus, rangsang pertumbuhan sel-sel otak dan juga menguatkan daya ingatan.

Baca juga: 5 Cara Nak Kuruskan Pipi Yang Tembam & Terus Jadi Bentuk ‘V’ Macam Model

Berikut merupakan makanan yang sesuai untuk otak anak-anak.

“Anak aku kena makan apa?” itu soalan yang terpacul dari mulut Razif. Tanpa salam. Tanpa ayat-ayat mula. Tak apa lah. Aku jawab salam seperti sekala.

“You selalu cerita dalam Facebook pasal otak. Pasal makan. Pasal senaman, I nak tahu makanan untuk anak-anak. Sama ke tak?” soal Razif.

“Boleh galakkan anak-anak ambil makanan B.I.T”. 

1. Buah Berries

  • Contohnya blueberries, cherry, blackberries dan strawberries.
  • Beri kuasa besar pada hippocampus anak-anak.
  • Memori jadi power.

2. Ikan

  • Ikan kembung contohnya ada omega 3 yang tinggi.
  • Bagus untuk otak. Ini makanan wajib untuk anak-anak.
  • Tuna dan salmon pun bagus.

3. Telur

  • Ada Choline. Penting untuk perkembangan memori anak-anak.

Makanan mempengaruhi sikap anak. Beri kesan kepada tingkah laku. Tinggalkan impak kepada prestasi otak.

Sumber: Facebook DrRizal Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×