40 Minggu

11 Makanan Tinggi Asid Folik, Ibu Hamil Boleh Amalkan Sepanjang Kehamilan

5
SHARES
asid folik

Setiap ibu hamil perlu mengambil asid folik di awal kehamilan mereka untuk memastikan tumbesaran janin sihat di dalam perut. Asid folik penting untuk mencegah kecacatan yang serius pada otak dan saraf tunjang bayi.

Justeru itu, penting untuk ibu hamil makan makanan yang tinggi kandungan asid folik demi kebaikan bayi mereka. Ini kerana kecacatan bayi boleh berlaku malah sebelum ibu hamil mengetahui mengenai kandungan mereka. Maka, penting untuk ibu hamil ambil asid folik yang mencukupi. Tapi, apa makanan yang tinggi kandungan asid folik?

Baca juga: 5 Sebab Jangan ‘Skip’ Asid Folik Atau Tukar Suplemen Sebarangan Masa Mengandung

11 MAKANAN TINGGI KANDUNGAN ASID FOLIK

MAKANAN TINGGI ASID FOLIK #1. BIJI BUNGA MATAHARI, KUACI (DIPANGGANG)

asid folik

Biji bunga matahari tergolong dalam makanan kaya asid folik dan zat besi untuk meningkatkan tenaga tubuh ibu hamil. Malah, kandungan vitamin B di dalam biji bunga matahari juga diperlukan oleh ibu hamil untuk pembelahan sel dan juga pembuatan bahan genetik.

Bagi setiap 100 gram biji bunga matahari yang diambil oleh ibu hamil, ia bersamaan dengan 237 mikrogram asid folik.

MAKANAN TINGGI ASID FOLIK #2. TELUR

Ibu hamil juga boleh mengambil telur untuk meningkatkan kandungan asid folik dalam badan. Malah, telur juga berperanan menjaga kesihatan jantung, mencegah strok, menjaga kesihatan pencernaan dan membantu perkembangan janin.

Justeru itu, ibu hamil boleh mengambil telur rebus kerana bagi setiap 100 gram pengambilan, ia bersamaan dengan 47 mikrogram asid folik.

MAKANAN TINGGI ASID FOLIK #3. KACANG SOYA

Kacang soya juga antara makanan yang tinggi dengan kandungan asid folik. Selain itu, ia juga mempunyai kalsium yang tinggi  untuk menguatkan tulang dan gigi bayi.

Untuk pengetahuan anda, 100 gram kacang soya bersamaan dengan 165 mikrogram asid folik. Jadi, cubalah makan kacang soya hijau dengan banyak untuk meningkatkan kandungan asid folik dalam badan!

4. ASPARAGUS

Asparagus adalah sayuran yang kaya dengan vitamin, mineral dan asid folik. Tahukah anda tangkai asparagus sangat tinggi dengan vitamin K di mana ia boleh mengangkut kalsium ke seluruh tubuh dan menolong pembentukan tulang janin?

Malah, jika ibu hamil mengambil satu cawan asparagus, ia bermaksud mereka telah makan lebih dari setengah keperluan harian asid folik dalam badan!

5. BERAS PERANG

asid folik

Selain itu, ibu hamil boleh juga makan beras perang kerana ia mengandungi nutrien yang baik untuk mereka dan bayi dalam kandungan. Beras perang membekalkan tenaga buat ibu hamil yang sering keletihan.

Untuk setiap pengambilan 100 gram beras perang, ia bersamaan dengan 45 mikrogram asid folik. Jadi, daripada makan beras biasa, lebih baik anda bertukar kepada beras perang ini!

6. BETIK

Buah betik kaya dengan kandungan asid folik atau folat yang diperlukan oleh ibu hamil. Untuk pengetahuan anda, buah betik ini penting untuk perkembangan neurologis bayi. Malah, bagi setiap 100 gram pengambilan betik bersamaan dengan 31 mikrogram asid folik. Jadi, tunggu apa lagi? Ibu hamil perlu segera dapatkan betik di pasar berdekatan!

7. BROKOLI

Brokoli adalah sayuran hijau yang kaya dengan kandungan asid folik di dalamnya. Sayuran hijau ini mampu membantu pertumbuhan bayi dalam kandungan ibu hamil melalui kandungan nutrisinya yang tinggi. Selain itu, brokoli dapat mengelakkan kecacatan bayi.

Bagi setiap 100 gram pengambilan brokoli, kandungan asid foliknya adalah bersamaan 107 mikrogram. Tinggi kan? Ibu hamil boleh mula amalkan brokoli dalam pemakanan harian.

8. KACANG GINJAL

kacang ginjal

Sebenarnya setiap jenis kacang mengandungi protein, serat, vitamin, mineral dan asid folik yang tinggi. Selain itu, ada juga kajian membuktikan ibu hamil yang makan kacang di awal kehamilan memiliki anak cerdas.

Untuk setiap 100 gram pengambilan kacang ginjal, ia bersamaan dengan 394 mikrogram asid folik. Tinggi kan kandungannya? Amalkan kacang ginjal selepas ini, pasti asid folik dalam badan meningkat.

9. BAYAM

Bayam merupakan sayuran hijau yang turut mengandungi kandungan asid folik yang tinggi. Jika ibu hamil mengambil bayam, ia dapat mengurangkan risiko anemia semasa kehamilan mereka. Malah, bayam juga mengawal tekanan darah ibu hamil semasa awal kehamilan.

Bagi setiap 100 gram bayam, ia bersamaan dengan 194 mikrogram asid folik. Bagus untuk tumbesaran bayi anda di dalam kandungan! Malah, senang untuk ibu hamil dapatkan bayam dalam mana-mana masakan.

10. BENDI

Selain asparagus dan bayam, bendi juga tergolong dalam sayuran hijau yang mengandungi kandungan asid folik tinggi. Ia mampu menambahkan berat badan bayi supaya dapat lahir dengan sihat. Untuk setiap 100 gram pengambilan sayur bendi, ibu hamil akan menyerap sebanyak 60 mikrogram asid folik dalam badan.

11. HATI AYAM

Akhir sekali, hati ayam juga makanan yang tinggi dengan kandungan asid folik. Ia menolong membentuk organ tubuh dan juga perkembangan otak janin. Selain itu, kandungan kalsium dalam hati ayam bagus untuk perkembangan jantung dan otot janin.

Setiap 100 gram hati ayam bersamaan dengan 1.28 miligram asid folik. Bolehla ibu hamil cuba makan hati ayam ini demi tumbesaran bayi di dalam kandungan anda!

Konklusinya, penting untuk ibu hamil makan makanan tinggi dengan kandungan asid folik demi tumbesaran bayi dan juga kesihatan diri yang terjamin. Jangan lupa berunding dengan pakar perubatan mengenai keperluan asid folik yang anda perlukan dalam tubuh badan ketika hamil.

Sumber: PopMama.com & Jiwa Sihat

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×