Famili

Bukan Sekadar Sayuran Di Dalam Masakan, Ini Khasiat Bayam Yang Tak Pernah Anda Jangka!

2
SHARES
khasiat bayam

Sayur bayam antara paling banyak digunakan di dalam masakan terutamanya hidangan di Malaysia. Antara masakan yang menggunakan bayam ialah cucur, goreng, tumis ataupun pastri. Tapi, tahukah anda sebenarnya ada banyak khasiat bayam untuk kesihatan seseorang?

Nama lain bagi bayam ialah Spinacia Oleracea. Untuk pengetahuan anda, bayam mempunyai khasiat yang tinggi sehinggakan diberi gelaran Superfoods. Tak sangka kan sampai macam tu sekali kebaikannya untuk badan seseorang sehingga mendapat nama gelaran? Jadi, jom ikuti perkongsian penulis mengenai 8 khasiat bayam untuk kesihatan seseorang!

Baca juga: Bukan Setakat Turunkan Berat Badan, Tapi Ada 9 Khasiat Lain Sengkuang Yang Perlu Anda Tahu!

8 KHASIAT BAYAM UNTUK KESIHATAN

1. Cegah kerapuhan tulang (Osteoporosis)

khasiat bayam

Bayam adalah sayuran yang kaya dengan kalsium. Kalsium menjadikan tulang menjadi tumpat dan lebih kuat. Oleh itu, pengambilan bayam dalam makanan dapat mencegah dan menghalang anda daripada osteoporosis.

2. Cegah anemia

Anemia terjadi apabila bacaan sel darah berkurang di dalam badan. Antara simptom anemia kepada seseorang adalah kesejukan, muka pucat, kebas pada jari-jari tangan dan kaki, degupan jantung yang tidak sekata serta rasa penat tanpa melakukan aktiviti berat.

Bayam pula merupakan sayur yang mengandungi kandungan zat besi yang tinggi. Zat besi adalah elemen penting dalam pembuatan darah di dalam badan. Ia membantu pembuatan darah di dalam badan yang lebih berkesan bermula di dalam tulang.

Malah, ibu hamil juga kerap menghidap anemia ketika mengandung. Oleh itu, jika anda mengalami anemia ataupun kekurangan sel darah merah dalam badan, bayam berupaya untuk mengurangkan risiko simptom anemia tersebut.

3. Sumber vitamin C

Seorang dewasa memerlukan vitamin C sebanyak 70mg sehari. Ianya boleh didapati pada sayuran ini kerana 1 genggam bayam yang dimasak bersamaan dengan 15mg sumber vitamin C. Vitamin C penting untuk pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang bertanggungjawab untuk memberi struktur tulang, salur darah dan otot.

4. Turunkan tekanan darah tinggi

Bayam mengandungi nitrat. Oleh itu, penghidap penyakit darah tinggi perlu mengambil sayuran bayam untuk mengurangkan penyakit mereka. Bayam antara alternatif yang murah dan berkesan demi mengawal tekanan darah tinggi.

5. Bantu kesihatan mata

khasiat bayam

Bayam adalah sayuran yang kaya dengan karotenoid seperti zeaxanthin dan lutein. Terdapat kajian membuktikan bahawa pigmen zeaxanthin dan lutein mampu membantu mencegah pembentukan katarak pada mata. Pembentukan katarak ini akhirnya akan menyebabkan buta.

6. Sumber vitamin K

Bayam mengandungi vitamin K yang tinggi. Vitamin K ini membantu dalam pembekuan darah dengan menghasilkan prothrombin. Ini membantu proses pembekuan darah untuk pesakit masalah darah lambat beku.

Kebaikan vitamin K yang lain ialah ia memberi peranan dalam proses pembentukan tulang kerana menolong mengawal paras kalsium dalam darah.

7. Cegah kecacatan tiub neural pada bayi

khasiat bayam

Adalah satu kewajipan untuk setiap ibu mengandung mengambil asid folik bagi mencegah kecacatan tiub neural seperti kecacatan pada tulang belakang. Asid folik juga penting untuk proses tumbesaran dan proses perkembangan sistem saraf yang betul.

Oleh itu, ibu mengandung perlu mengambil bayam kerana ia merupakan sumber asid folik daripada makanan yang segar dan juga makan makanan tambahan asid folik untuk mencegah kecacatan neural tiub bayi.

8. Kurangkan risiko sakit jantung

Sakit jantung adalah berpunca daripada atherosclerosis yang disebabkan oleh pengerasan pada arteri. Untuk pengetahuan, terdapat satu jenis pigmen di dalam sayur bayam. Ia dikenali sebagai lutein, berfungsi untuk mengurangkan risiko mendapat serangan sakit jantung dan juga strok.

Ini kerana bayam mengandungi nitrat. Nitrat bertugas meningkatkan oksida nitrik dan membantu merehatkan tisu otot, menghalang pembentukan plak pada salur darah dan juga meningkatkan pengedaran darah.

Jadi, tak dapat dinafikan lagi bayam ini mempunyai banyak khasiatnya untuk tubuh badan seseorang. Bukan sahaja rasanya yang enak, malah beri kebaikan kepada kita. Sesiapa yang tidak makan bayam, mulalah mengambilnya sekarang demi kesihatan tubuh badan anda yang lebih baik.

Sumber: Root of Science

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×