Dapur

12 Resepi Bayam Brazil Yang Sesuai Untuk Lauk Harian. Ratah Gitu Pun Sedap!

1.1K
SHARES

Musim PKP ni memang ramai yang makin minat bercucuk tanam kan?

Antara tanaman yang paling famous dan mudah untuk ditanam ialah pokok bayam Brazil ni.

Ia mudah sangat hidup dan cepat membiak.

Kita boleh petik dan terus makan macam tu je dan boleh juga dijadikan pelbagai menu masakan.

Di sini kami kompilasikan 12 resepi bayam Brazil yang mudah dan sesuai untuk dijadikan lauk harian. Nak ratah macam tu je pun boleh… Sedap tau!

Jom kita tengok 12 resepi bayam Brazil yang anda boleh cuba di rumah.

1. Resepi Kerabu Bayam Brazil & Mempelam

Bahan-bahan

  • Sebiji mempelam epal di mayang halus
  • Secekak bayam brazil
  • 8biji cilipadi
  • 2biji cili besar
  • 4ulas bawang merah
  • Belacan sebesar ibu jari
  • Sedikit kelapa parut
  • Sedikit santan
  • Udang kepal (jika suka)
  • Gula / garam / perasa ikut suka

Cara-cara:

  1. Tumbuk cilipadi, cili besar, belacan, seulas bawang merah dan kelapa parut.
  2. Gaul kesemua bahan tumbuk dengan mempelam, bayam brazil, udang kepal, bawang merah yang dimayang serta santan.
  3. Akhir sekali perasakan dengan garam, gula dan perasa dan gaulkan hingga mesra.
  4. Siap.

NOTA: Bayam Brazil boleh dihiris jika suka. Tapi tak perlu celur. Gunakan yang fresh untuk dapatkan tekstur rangup tu. Sedap!

Resepi bayam brazil

2. Resepi Bayam Brazil Goreng Udang Kering

Bahan-bahan

  • Semangkuk bayam Brazil
  • 2 jemput udang kering
  • 1 biji cili merah
  • 3 biji cili padi
  • 1 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 inci belacan
  • 1/2 cawan air
  • 1 camca besar sos tiram
  • 3 sudu minyak masak

Cara-cara

  1. Tumbuk cili merah, cili padi, bawang merah, bawang putih dan belacan sehingga hancur dan lumat.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan ditumbuk tadi bersama dgn udang kering
  3. Setelah naik bau dan cili sedikit garing, tambahkan 1/2 cawan air. Biarkan mendidih.
  4. Kemudian masukkan sos tiram dan sayur bayam. Tak perlu letak garam sebab udang kering dan sos tiram sudah masin.
  5. Kacau rata dan tutup api. Tak perlu lama-lama takut nanti sayur terlebih layu.
  6. Siap untuk dihidang.

resepi bayam brazil

3. Resepi Bayam Brazil Tumis Cendawan

Bahan-bahan

  • 2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 pek cendawan enoki
  • 2-3 genggam besar daun bayam brazil
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil lada hitam
  • 2 sudu besar minyak masak

Cara-cara

  1. Hiriskan bawang merah dan bawang putih.
  2. Cendawan pula dibasuh dan dipotong.
  3. Rendam bayam Brazil sekejap dan bilas.
  4. Tumiskan bawang putih dan bawang merah sampai naik bau.
  5. Masukkan cendawan, goreng sampai layu.
  6. Masukkan garam dan lada hitam.
  7. Bila cendawan dah agak perang, baru masukkan bayam.
  8. Gaul sekejap je sebab bayam Brazil ni cepat layu.
  9. Siap, angkat dan sedia untuk dihidangkan.

4. Resepi Kerepek Pedas Bayam Brazil

Bahan-bahan

  • 2 ikat bayam brazil – ambil daun sahaja
  • 1/2 cawan tepung bestari hot spicy
  • 1/4 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan air ais – sejuk dari peti ais
  • 1 sudu makan jintan manis **
  • 1 sudu makan jintan putih **
  • 1 sudu kecil ketumbar **

Cara-cara:

  1. Bersihkan daun bayam brazil.
  2. Bahan bertanda ** ditumbuk dahulu.
  3. Satukan kesemua tepung dan campurkan bahan tumbuk tadi bancuh dengan air ais. Masukkan air ais sedikit-sedikit hingga dapat bancuhan tak pekat & tak cair sangat ikut keselesaan.
  4. Panaskan minyak yang banyak, ambil daun bayam brazil celup dalam bancuhan tepung, goreng hingga kekuningan dan kelihatan rangup, angkat dan toskan minyak.
  5. Sedia dihidang sebagai snek yang sihat dan sedap untuk keluarga.

5. Resepi Pasta Bayam Brazil

Bahan-bahan

  • Pasta
  • 4-5 sudu minyak zaitun
  • 1 kiub ayam
  • Sedikit serbuk buah pala
  • 1 mangkuk bayam Brazil
  • Sedikit hirisan capsicum
  • 1 sudu chilli flakes (jika suka)
  • 1 sudu lada hitam ditumbuk kasar
  • Sedikit air rebusan pasta

Cara-cara

  1. Rebus pasta. Letakkan garam dalam 1-2 sudu ya. Toskan (jangan basuh) dan simpan segelas air rebusan pasta untuk menggoreng nanti. Ketepikan.
  2. Tumiskan bawang putih dengan minyak zaiton hingga layu.
  3. Masukkan udang, kacau hingga masak.
  4. Masukkan kuib ayam, serbuk buah pala dan sedikit air rebusan. Kacau.
  5. Kalau suka berkuah, lebihkan air rebusan ikut pilihan masing-masing ya.
  6. Masukkan sayuran. Kacau.
  7. Agak-agak dah masak dan sebati boleh tutup api.
  8. Masukkan pasta dan gaul sebati bersama dengan chilli flakes/lada hitam tumbuk. Jangan gaul kuat sangat nanti pasta tak cantik berkilat.
  9. Siap!
Resepi bayam brazil

Kredit resepi: CikWanKitchen

6. Resepi Bayam Brazil Celup Tepung

Bahan-bahan

  • 1 mangkuk Bayam brazil
  • 1 cawan Tepung beras
  • 1 sudu teh Garam
  • 3/4 cawan Air sejuk dari peti ais
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Cuci bayam brazil sehingga bersih dan toskan.
  2. Dalam sebuah bekas kosong, masukkan tepung beras, garam dan air sejuk dari peti ais.
  3. Kacau hingga sebati, bancuhan tak perlu terlalu pekat.
  4. Celupkan bayam brazil ke dalam adunan tepung tadi.
  5. Panaskan minyak dalam kuali dan tunggu minyak panas.
  6. Masukkan bayam brazil yang telah dicelup dalam adunan tepung.
  7. Setelah masak, boleh diangkat dan hidangkan.
  8. Boleh juga dicicahkan bersama sos jika mahu. Rasanya rangup macam keropok. Sedap!

7. Resepi Kerabu Bayam Brazil Simple

Bahan-bahan:

  • 10 batang bayam brazil – bersihkan dan potong – pisahkan batang dan daun
  • 2 cawan taugeh – bersihkan – bilas dan toskan airnya
  • 1/2 cawan hirisan lobak merah
  • 3 batang serai – hiris halus
  • 1 cawan kelapa parut
  • 3 sudu besar udang geragau
  • 3 biji limau kasturi – ambil jusnya
  • garam & gula secukup rasa

Bahan tumbuk:

  • 7 biji cili padi – boleh kurangkan jika tidak suka pedas
  • 2 ulas bawang putih – digoreng
  • 3 biji bawang merah – digoreng
  • *belacan (kalau suka)

Cara-cara

  1. Sangai kelapa parut bersama udang geragau sehingga kelapa parut kelihatan kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  2. Jerang air secukupnya. Bila mendidih, masukkan batang bayam. Masak selama 1/2 minit.
  3. Kemudian masukkan daun bayam. Bila daun bayam berubah warna, terus angkat bahan celur dari periuk dan rendam dalam air sejuk sebentar. Toskan.
  4. Dalam sebuah bekas, campurkan sayur bayam, taugeh dan lobak merah serta serai.
  5. Gaul bahan tumbuk bersama kelapa sangan.
  6. Campurkan semua bahan.
  7. Gaul rata bersama garam dan gula serta jus limau kasturi sebagai perasa.
  8. Hidangkan segera.

Resepi bayam brazil

8. Resepi Telur Dadar Bayam Brazil

  • 3 biji telur ayam Gred B
  • Secekak bayam brazil (dipotong)
  • 1 biji bawang merah (hiris halus)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak (untuk menggoreng)
  • Langkah
  • Campur telur, bayam, bawang dan garam. Gaul sebati.

Cara-cara

  1. Panaskan kuali. Masukkan bancuhan telur. Masak sehingga garing.
  2. Setelah garing, terbalik kan.
  3. Bila dah sempurna masak, tutup api, angkat dan sedia untuk dihidang.

9. Resepi Masak Lemak Sayur Bayam Brazil

Bahan-bahan:

  • 2 ikat sayur bayam brazil
  • 1 tangkai cili merah
  • 1 pek santan
  • Garam

Bahan tumbuk:

  • 1 ekor ikan – rebus dan ambik isi
  • 4 ulas bawang merah
  • Sedikit lada hitam

Cara cara:

  1. Tumbuk bawang merah dan lada hitam sehingga lumat. Kemudian masukkan isi ikan dan tumbuk lagi.
  2. Masukkan santan dan bahan tumbuk ke dalam periuk. Kacau rata sehingga kuah mendidih.
  3. Masukkan bayam dan cili merah dan kacau sehingga sehingga sayur lembut.
  4. Akhir sekali, masukkan garam secukupnya. Bolehlah ditutup api dan sedia untuk dihidangkan

10. Resepi Sup Sayur Bayam Brazil

Bahan-bahan:

  • 1 paket bebola ikan
  • sedikit udang
  • cendawan tiram
  • Bayam Brazil
  • carrot
  • jagung muda atau baby corn
  • sayur sawi
  • serbuk pati ayam
  • garam
  • sedikit lada sulah
  • daun sup
  • bawang goreng

Bahan-bahan cincang halus:

  • 1 inci halia,
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah

Cara-cara

  1. Panaskan sedikti minyak dan tumis bahan cincang halus.
  2. Masukkan bebola ikan, carrot dan baby corn. Pada waktu menumis ni kita masukkan semua jenis sayur yang keras dan perlukan lebih masa untuk lembut.
  3. Tuang air secukupnya dan masukkan udang, cendawan tiram dan sayur sawi.
  4. Masak hingga mendidih. Tabur dengan hirisan daun sup dan
  5. Perasakan dengan garam, serbuk pati ayam dan sedikit lada sulah.

11. Resepi Bayam Brazil Goreng Belacan

Bahan-bahan

  • Bayam Brazil
  • 6 biji cili besar + cili padi (kalau suka pedas campur cili padi lebih sikit*)
  • 3 ulas Bawang merah*
  • 2 ulas Bawang putih*
  • sedikit udang kering atau ikan bilis
  • sedikit belacan
  • gula, garam , perasa, asam

Cara-cara

  1. Tumbuk semua bahan bahan yang ditumbuk tadi. Kalau blend bagi kasar sikit ya.
  2. Tumiskan bahan bahan yang ditumbuk tadi.
  3. Bila dah masak elok, masukkan ikan bilis atau udang kering, belacan, perasa, gula garam dan sedikit perahan lemon atau air asam jawa. (Kalau tak ada tak payah masukkan pun ok.)
  4. Akhir sekali masukkan sayur bayam.
  5. Siap untuk dihidangkan.

12. Resepi Cucur Bilis Bayam Brazil

Bahan-bahan

  • Tepung gandum / tepung segera
  • Ikan bilis (dikisar atau ditumbuk halus)
  • Bayam Brazil (diracik halus)
  • Daun kucai / daun sup (diracik halus)
  • Air panas
  • Garam / perasa

Cara-cara

  1. Gaulkan tepung dengan  air panas sedikit demi sedikit. Jangan terlalu pekat atau cair, agak-agak sampai menjadi seperti doh.
  2. Kaup dengan sudu dan bulat-bulatkan dengan tangan. (Basahkan tangan dengan minyak supaya mudah nak bulat-bulatkan.)
  3. Panaskan minyak dan goreng seperti biasa.

Memang Mudah & Sedap, Berbaloi Tanam Sepokok Di Rumah

Wah, banyak juga menu yang boleh dibuat menggunakan sayur bayam Brazil ni kan?

Lepas ni bolehlah pelbagaikan hidangan dengan menggunakan bayam Brazil.

Selamat mencuba dan jangan lupa save resepi ni tau!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×