Pernah tak apabila anda pulang sahaja dari kampung atau percutian yang lama dan disambut dengan bau busuk dari peti sejuk? Aduh, pasti rasa rimas apabila mendapati rupanya ada gangguan bekalan elektrik terputus semasa peninggalan dan makanan yang disimpan rosak!
Jangan risau, ada cara mudah untuk mengelakkan situasi ini di mana anda hanya perlukan sebiji duit syiling dan segelas air! Dengan trik mudah ini, anda boleh mengesan sama ada bekalan elektrik di rumah anda terputus semasa ketiadaan di rumah.
Baca juga: Top 5 Jenis CCTV Mampu Milik Yang Terbaik, Harga Murah Tapi Kualiti Berbaloi!
ADA GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK SEMASA TINGGAL RUMAH? INI CARA NAK TAHU
Petua ini bertujuan untuk membantu anda mengetahui sama ada bekalan elektrik di rumah anda terputus semasa ketiadaan anda. Ini caranya:
1.Bekukan air dalam gelas: Isikan gelas dengan air dan bekukannya di dalam peti sejuk beku.
2.Letakkan duit syiling di atas ais: Setelah air membeku, letakkan duit syiling di atas permukaan ais.
3.Periksa kedudukan duit syiling selepas pulang:
-Jika duit syiling masih berada di atas ais, maknanya bekalan elektrik tidak terputus.
-Jika duit syiling berada di bahagian bawah atau tengah gelas, bermakna ais telah cair sepenuhnya dan membeku semula, menunjukkan bekalan elektrik pernah terputus.
KENAPA IKUT TIPS INI PENTING?
Jika bekalan elektrik terputus untuk tempoh yang lama, makanan di dalam peti sejuk anda mungkin rosak dan tidak selamat dimakan. Dengan petua ini, anda boleh mengelakkan diri daripada memakan makanan yang telah rosak dan berisiko menyebabkan keracunan makanan.
Tips tambahan:
-Pastikan anda menggunakan cawan atau bekas plastik supaya boleh melihat kedudukan duit syiling dengan jelas.
-Letakkan gelas di bahagian belakang peti sejuk kerana suhu di bahagian belakang peti sejuk lebih stabil dan kurang terjejas jika pintu peti sejuk dibuka dan ditutup.
-Catat tarikh anda meninggalkan rumah untuk membantu menganggarkan tempoh bekalan elektrik terputus, jika berlaku.
Semoga petua ini bermanfaat!
Baca juga: 5 Barangan Elektrik Ini Boleh ‘Beli Masa’ Dengan Wang, Tak Rugi Ada Di Rumah!
Sumber: Felecia binti Jemis