Sebagai salah satu cara untuk menambahkan keselamatan di kediaman zaman sekarang adalah dengan memasang kamera litar tertutup atau dikenali sebagai CCTV. Namun, bukan semua jenis CCTV dijual di pasaran adalah berkualiti dan boleh memaparkan video yang jelas. Nak beli yang paparan HD, kena keluarkan modal mahal pula…
Jangan risau, kerana ini merupakan ‘Top 5’ kamera litar tertutup yang sentiasa menjadi pilihan ramai malah selalu kehabisan stok! Buat anda yang tengah tercari-cari jenis kamera yang mahu dipasang, boleh pertimbangkan jenama-jenama di bawah.
Baca juga: Patutlah Bil Elektrik ‘Melambung’, Rupanya Tak Tahu 7 Fungsi Plug Dalam Rumah Ini..Ada Beza!
TOP 5 JENIS CCTV BOLEH PASANG DI RUMAH, HARGA BERPATUTAN KUALITI TINGGI!
Bayangkan meninggalkan rumah setiap hari dengan hati yang tenang, tanpa rasa risau. CCTV adalah “mata” yang tidak pernah tidur, mengawasi rumah anda 24 jam, memberi anda rasa selamat dan kawalan sepenuhnya. Ia bukan sekadar peranti keselamatan. CCTV adalah penjaga setia yang membantu anda memantau anak-anak, pembantu rumah, atau haiwan peliharaan, walaupun anda berada jauh.
Penjenayah pun tahu, rumah dengan CCTV bukan tempat untuk mereka—kerana setiap langkah mereka diperhatikan. Bukan itu sahaja, anda juga boleh periksa bungkusan di depan pintu tanpa perlu keluar rumah. Praktikal, bukan? Tingkatkan keselamatan rumah anda sekarang! Jangan tunggu sehingga terlambat.
1.TP-Link Tapo C200
-Harga sekitar RM130
2.Xiaomi Home Security Camera 360
-Harga sekitar RM150
3.Imilab EC2
-Harga sekitar RM180
4. Dahua IMOU Cue 2
-Harga sekitar RM160
5.EZVIC C1C
-Harga sekitar RM120
*Peringatan untuk semua bahawa kelima-lima jenis CCTV ini memerlukan sambungan internet/WIFI untuk beroperasi dengan sempurna.
Baca juga: Tersergam Indah Bak Istana, Ini 5 Rumah Pemimpin Malaysia Yang Mewah & Cantik!
Sumber: Public Health