Dapur

Resepi Kek Yogurt Strawberry Cheese, Cantik Dipandang & Rasanya Pun Sedap!

54
SHARES

Kalau sebelum ini kita sering melihat orang membuat kek berasaskan buah mangga dan dipadankan bersama cheese bukan? Jarang pula kita nampak ada resepi yang menggunakan yogurt strawberry sebagai ‘hero’ utama dalam pembuatan kek tersebut. Oleh itu, inilah masanya untuk anda cuba resepi yang jarang dicuba ini supaya lebih ramai dapat merasai keenakkan kek yogurt strawberry ini.

Makan sejuk-sejuk bertambah sedap!

RESEPI KEK YOGURT STRAWBERRY CHEESE

Bahan A:

-4 biji kuning telur (putih telur jangan buang)

-180g cream cheese

-2 bekas yogurt perisa strawberry

-60g gula kastor

-120g tepung gandum

-200ml whipping cream

Cara-cara:

1.Pukul cream cheese dan gula sehingga kembang.

2.Kemudian masukkan kuning telur, pukul sehingga agak-agak dah kembang.

3.Masukkan yogurt, pukul sekejap.

4.Kemudian ayakkan tepung, masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Masukkan whipping cream.

5.Kaup balik sehingga rata dan ketepikan. w

Bahan B:

-4 biji putih telur (jangan basi sesetitik air/kuning telur pun masuk, nanti tak jadi bertanduk)

-80g gula kastor

Cara-cara:

1.Pukul putih telur sehingga sedikit berbuih, kemudian masukkan gula kastor dan pukul sehingga kental, bertanduk atau bila terbalikkan mangkuk, putih telur tak jatuh.

2.Masukkan adunan sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung tadi. Kaup sedikit demi sedikit.

3.Tuangkan ke dalam loyang saiz 8 inci.

4.Titis hershey strawberry di atas adunan, lorek mengikut citarasa anda.

5.Untuk bakar ada caranya yang dipanggil water bath, isikan air panas ke dalam loyang lain yang bersaiz lebih besar.

6.Kemudian baru letakkan loyang berisi adunan ke dalam loyang air panas tadi. Biar 1/2 loyang tenggelam.

7.Panaskan dulu oven, kemudian bakar selama 10 minit pada suhu 170 celcius menggunakan api bawah sahaja.

8.Bila dah masak, sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti ais selama 2 jam. Makan sejuk-sejuk memang sedap!

Sumber: Ieda Jahaya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×