Kini Trending

Starbucks Hadir Dengan Minuman Baharu Musim Panas! Memang Sedap & Fresh Betul Rasa!

9
SHARES

Tidak dinafikan air Starbucks ni sudah menjadi kegemaran orang ramai di Malaysia. Terkenal dengan kopi premium yang mempunyai rasa enak dan lazat memang membuatkan semua berpuas hati dengan minuman itu. Tapi, mesti anda dah bosan dengan minuman dan menu yang sama saja kan?

Ha…jangan risau! Kalini Starbucks tampil memperkenalkan minuman baharu mereka sempena musim panas iaitu Strawberry Açai with Lemonade Starbucks Refreshers™ dan Pink Drink with Strawberry Açaí Starbucks Refreshers™. Siap ada merchandise menarik lagi tau!

2 variasi minuman ini hadir dengan warna merah jambu serta ada kepingan strawberry yang lazat!

Minuman ais sejuk, buah dan berperisa Strawberry Açai With Lemonade Starbucks Refreshers™ ini penuh dengan kebaikan buah beri. Ia dihasilkan dengan campuran jus buah-buahan yang lazat bersama strawberi dan açaí, limau sitrus yang menyelerakan. 

Setiap kepingan strawberry di dalam minuman ini juga membuatkan setiap tegukan anda rasa macam segar dan indah saja!  

Untuk minuman Pink Drink With Strawberry Açaí Starbucks Refreshers™ pula, ia hadir dengan warna merah jambu yang menyerlah, beraroma buah-buahan berserta kepingan strawberry untuk musim panas yang hangat ini. 

Dengan gabungan krim, buah-buahan daripada santan manis, jus buah-buahan dan kepingan strawberi sebenar membuatkan rasa minuman ini sempurna. 

Nak lagi menarik, anda boleh memakai baju warna pink dan bergambar dengan minuman tersebut nanti. Lepas tu boleh lah post di IG atau Tiktok anda berserta hashtag #StarbucksGoesPink #StarbucksRefreshers. Baru lah nampak fun!

Selain itu, minuman kegemaran anda iaitu Oatmilk Cocoa Macchiato juga sudah kembali!

Buat peminat coklat, mesti anda tak sabar kan sebab minuman Oatmilk Cocoa Macchiato juga kembali untuk memuaskan keinginan coklat anda tu! Minuman yang ikonik berasaskan tumbuhan ini telah kembali untuk anda nikmati pada musim panas ini.

Ia menggabungkan Starbucks espresso yang eksklusif dengan Oatmilk yang smooth dan sirap vanila manis. Minuman ini juga hadir dengan mocha drizzle serta lapisan perisa yang enak dalam setiap tegukan anda! Fuhhh, memang layan…

Bukan setakat minuman saja, pelbagai jenis merchandise pun ada tau!

Untuk pengetahuan anda, sempena meraikan musim panas ini, Starbucks hadir dengan koleksi Eco-Camping yang serba baharu. Daripada cawan keluli tahan karat, tumblers, botol air, bucket bags dan juga kotak makanan, semuanya ada! 

Ia juga menampilkan rangkaian warna tanah dan juga reka bentuk minimalis yang anggun dan moden. Memang sesuai sangat lah kalau anda semua nak bawa untuk apa-apa aktiviti perkhemahan dan sebagainya.

Bukan tu saja, anda juga boleh kekal fokus dan bertenaga dengan koleksi Starbucks Coffee Break baharu ni. Dengan reka bentuk botol air, cold cups dan tumblers yang menarik serta funky ni akan menjadikan suasana yang korang cipta itu lebih menyerlah!  

Jangan tunggu lama-lama, jom dapatkan minuman baharu & merchandise Starbucks harini juga!

Tunggu apa lagi tu? Jom lah serbu Starbucks sekarang untuk nikmati Starbucks Refreshers™ #BoldlyRefreshing dengan hanya RM16.95 dan Starbucks® Oatmilk Cocoa Macchiato bermula daripada RM20.15 sahaja serta dapatkan merchandise mereka dari koleksi Eco-Camping dan koleksi Coffee Break serendah RM48!

Ha..satu lagi, kalau nak mudahkan pembayaran, anda boleh mengaktifkan kad You’re My Sunshine Starbucks dengan harga minimum RM50, kemudian anda berpeluang untuk memperoleh STAR serta layak untuk menebus makanan, minuman dan juga barangan percuma apabila anda mendaftarkan kad anda pada aplikasi mudah alih Starbucks. Seronok kan!

Untuk ketahui lebih lanjut tentang hidangan musim panas yang lazat dan menenangkan di Starbucks, anda boleh layari laman sesawang mereka di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×