Nasi ayam merupakan sajian yang sering dihidangkan bersama sebilangan cecahan, termasuk sos kicap dan sambal cuka. Tanpa pencecah ini, hilanglah nikmat nasi ayam itu. Disebabkan itu, penulis ingin berkongsi resepi sambal nasi ayam yang sedap dan boleh disimpan lama.
Tak lain dan tak bukan ialah resipi sambal cuka yang dikongsikan oleh Rohim Ismail. Menurutnya, sambal cuka ini boleh bertahan lama sekiranya tidak dimasukkan air semasa mengisar bahan-bahannya. Nak tahu lebih lanjut, jom baca hingga habis!
Baca juga: Senang Je Nak Pilih IKAN SEGAR, Bila Ingat 7 Tips Ini Tengok Dari Jauh Pun Dah Tahu!
RESEPI SAMBAL NASI AYAM

Gambar: Rohim Ismail
Dalam post sebelum ini pakcik ada cerita pasal sambal cuka makan dengan nasi ayam express. Sambal cuka ini pakcik sentiasa ada stok dalam peti ais.
Ada yang tanya resepi sambal cuka. Ini bahan dan cara pakcik buat sambal cuka:
- Cili besar 10 biji
- Bawang putih 1- 2 labu
- Halia muda 4 inci
- Cuka
- Garam
- Gula
Baca juga: Guna Nanas Untuk Lembutkan ‘Mutton Shoulder’ Daging Biri-Biri Tua, Rasa Kekal Enak!

Gambar: Pakcik suka halia muda sebab lembut dan sebab dia muda. – Rohim Ismail
Cara membuatnya:
- Cili buang tangkai, bawang putih, halia muda kikis kulit. Semua masukkan dalam mesin pengisar.
- Masukkan cuka separuh dari bahan-bahan di atas. Paling penting mesin pengisar boleh pusing.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Kisar sampai hancur, tahap hancur itu ikut pada selera masing-masing. Hancur lumat pun boleh, separuh hancur pun boleh sebab semua masuk mulut juga.
Baca juga: Cara Buat SERBUK BAWANG PUTIH & Letak Sikit Je, Makanan Terus Sedap!
Tip sambal cuka tahan lama:

Gambar: Rohim Ismail
Pakcik guna cuka tak campur air supaya tahan lama simpan peti ais. Nak tambah air pun boleh sahaja. Tak berdosa ok!
Dah siap sambal cuka, boleh simpan dalam bekas. Pakcik suka rasa dia macam sambal Nasi Ayam Chicken Rice Shop tu. Boleh makan dengan apa sahaja.
Kalau meniaga nasi ayam cuba buat sambal ini mesti orang beratur datang ulang. Pembuka selera. Rasa pedas, masam, manis dan masin ngam semuanya. Bau pun dah meleleh air liur.
Baca juga: Tips Rebus KERANG Elak Kecut Tapi Jadi Gebu, Puas Hati Bila Gigit!
Sumber: Rohim Ismail
FT Image: Rohim Ismail / resepi che nom