Deko & Hias

15 Ilham Deko Hiasan Guna MESIN JAHIT LAMA, Beri Sentimen Klasik Pada Rumah!

1
SHARES
mesin jahit lama

Sebut sahaja mesin jahit tangan, sudah terbayang mesin jahit lama yang menggunakan tangan untuk memusingkan roda imbangnya yang besar itu bersama set meja yang lengkap. Pada zaman sekarang ini, jenis mesin tersebut sudah dilabelkan sebagai barangan antik.

Sekiranya anda masih memiliki set mejanya di rumah, janganlah buang. Hal ini kerana, ia boleh digunakan sebagai barang penghias rumah seperti tapak untuk meja kerja dan sinki di dalam bilik mandi. Jadi, jom lihat beberapa ilham dekorasi rumah menggunakan mesin jahit lama ini.

Baca juga: Padanlah 10 Kali Bersihkan Rumah, Habuk Masih Ada, 7 Ini Punca Rupanya!

MESIN JAHIT LAMA

mesin jahit lama

Gambar: Pixabay

1. Mesin jahit meja

Mesin jahit lama ini memang cantik jika diletak pada sudut di dalam rumah. Misalnya, di dinding kosong, ruang tamu, bawah tangga atau di tepi pintu masuk bilik.

Bagi mendapatkan aura klasik itu, hiaskan ‘mesin jahit meja’ ini dengan barang-barang yang berunsur antik seperti buku, lampu atau koleksi mainan. Nak nampak lebih segar, hiaskan diatasnya bersama pasu bunga! Tak ada idea? Boleh rujuk gambar-gambar di bawah ini:

mesin jahit lama

Gambar: Kamariah Hashim

mesin jahit singer lama

Gambar: Kamariah Hashim

mesin jahit singer lama

Gambar: Kamariah Hashim

deko ruang tamu

Gambar: Kamariah Hashim

Baca juga: Pakar Industri Tunjuk Teknik Betul Seterika Pakaian, Ramai Salah Cara Selama Ini!

2. Mesin jahit sinki

Anda boleh mengubah suai sinki di dalam bilik mandi dengan menggunakan mesin jahit lama sebagai tapak di bawahnya. Pasang juga lampu di sebelah kiri dan kanan cermin yang mempunyai unsur yang sama dengan mesin jahit lama anda. Contohnya, unsur kayu bewarna coklat seperti gambar di bawah.

Idea ini memperlihatkan bilik mandi anda lebih unik dan membawa unsur vintage. Jangan lupa hiaskan ‘mesin jahit sinki’ ini dengan produk-produk mandian.

mesin jahit singer lama

Gambar: Kamariah Hashim

Baca juga: Puan Ini Kongsi Tips Jaga BUNGA PETUNIA, Cantik Betul Halaman Rumahnya!

3. Meja kerja

Siapa sangka mesin jahit lama juga boleh dijadikan sebagai meja kerja. Sudah pasti, mata yang melihatnya pasti terpegun melihat kreativiti anda!

Anda hanya tinggal menghiaskan di sekelilingnya dengan barang-barang yang diperlukan seperti komputer, lampu, kerusi dan pokok hiasan.

meja komputer diy

Gambar: Kamariah Hashim

4. Meja santai mini

Menarik juga kan, kalau jadikan mesin jahit lama sebagai sebuah meja santai mini. Meja santai mini ini boleh diletakkan di dalam bilik tidur agar lebih privasi untuk anda seorang sahaja.

Penulis cadangkan letakkan ia berdekatan dengan tingkap, sejuk sikit mata sebab boleh intai pemandangan luar.

Nak lagi best, letakkan ia di laman luar rumah. Bolehlah di waktu petang nanti, anda santaikan diri bersama secawan kopi dan roti sambil ditemani angin sepoi-sepoi bahasa. Memang vibe betul!

deko ruang tamu

Gambar: Kamariah Hashim

Baca juga: Jenis Pokok Sesuai Tanam Di Tempat Teduh, 10 Ini Tak Mesra ‘Direct’ Matahari!

5. Meja pasu bunga

Idea akhir sekali, jadikan mesin jahit lama sebagai tapak kepada pasu bunga di laman luar rumah anda. Jiran yang lalu-lalang mesti berhenti melihatnya!

Sudahlah mesin jahit lama itu barangan antik, ditambah pula dengan pasu dan bunga yang berwarna-warni, pastinya kelihatan lebih menarik! Jadi, kalau tiada ilham nak hiasa bagaimana? Boleh lihat gambar-gambar di bawah ini.

deko laman rumah

Gambar: Kamariah Hashim

deko laman rumah

Gambar: Kamariah Hashim

Baca juga: Cara Cepat Pasang CANGKUK LANGSIR, Tak Lagi Pasang Cabut Banyak Kali!

Sumber: Kamariah Hashim

FT Image: Kamariah Hashim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×