Sihat

Bukan ‘Sleepwalking’ Je, Ini 5 Perkara Aneh Dilakukan Orang Semasa Tidur!

11
SHARES
perkara aneh

Tidur sambil berjalan (sleepwalking) adalah masalah umum yang menjejaskan sehingga 4% orang dewasa dan telah menyumbang kepada banyak cerita lucu. Namun, ramai orang boleh melakukan lebih daripada sekadar berjalan dalam tidurnya. Berikut merupakan 5 perkara aneh yang pernah dilakukan manusia semasa tidur.

Baca juga: Letak Bantal Antara 2 Kaki Semasa Tidur Mengiring Beri 6 Manfaat, Wajib Cuba!

PERKARA ANEH BERLAKU SEMASA TIDUR

Biarpun 5 kisah di bawah ini menggambarkan situasi yang selesa atau tidak mengancam nyawa, adalah penting untuk mengingati bahaya berjalan tidur yang tidak dirawat.

Seperti dinyatakan American Academy of Sleep Medicine, berjalan sambil tidur adalah keadaan yang kurang didiagnosis yang boleh dikaitkan dengan akibat yang jelas pada waktu siang dan gangguan mood yang mempunyai kesan besar terhadap kualiti hidup.

Baca juga: Buat 4 SENAMAN PERNAFASAN Mudah Ini Bila Stres, Mental Lebih Tenang!

1. Tidur sambil makan

Menurut sebuah artikel ABC News, lebih daripada satu juta orang telah mengalami diet yang aneh ini dan kebanyakannya adalah wanita. Sebab-sebab makan semasa tidur masih belum diketahui sepenuhnya.

Artikel itu menceritakan. seorang individu bernama Koechler akan bangun dan berjalan ke dapur hampir setiap malam semasa tidur. Di mana, dia mencari makanan ringan dan memakannya.

Jadi, jika anda sering bangun tidur bersama makanan berada di samping, mungkin anda perlu memeriksa diri.

2. Kemampuan boleh melukis ketika tidur sahaja

BBC News melaporkan kisah yang menarik seorang individu bernama Lee Hadwin, 4, akan “menconteng di dinding”. Walaupun ini bukan tingkah laku yang mengejutkan bagi seorang kanak-kanak, ada satu perkara yang membezakannya ialah dia tertidur ketika melakukannya.

“Pada usia 15 tahun, seni mula menjadi sangat rumit dan saya melukis tiga Marilyn Monroe kecil. Peliknya ialah saya tidak mempunyai bakat seni ketika saya sedar daripada tidur,” ujar Hadwin kepada BBC News.

Sukar untuk memahami bagaimana Hadwin boleh mencapai bakat sedemikian dan disebabkan itu ramai yang sanggup membayar untuk seninya sehingga mencecah ratusan ribu ringgit.

3. Bekas chef kembali masak sewaktu tidur

Seorang bekas chef mendapati bahawa tabiat tidurnya yang suka berjalan telah bertukar menjadi memasak. Seperti dilaporkan Daily Mail, Robert Wood 55 tahun, menyatakan bahawa dia “bangun empat atau lima kali seminggu dalam tidurnya dan menuju ke dapur sebelum membuat telur dadar, tumis dan kerepek.”

Meskipun bakat ini kedengaran hebat, namun Wood segera mendapatkan bantuan perubatan untuk merawat masalahnya itu dan bagi mengelakkan dia membakar rumahnya.

Baca juga: Kesihatan Mental & Kecelaruan Mental Itu Tak Sama Tapi Boleh Berkait, Serta Ada Tahapnya!

Baca juga: Migrain Asyik Tak Reda, Cuba Cara Ini Buka Peti Sejuk Ambil Ais Batu!

4. Melompat keluar dari tingkap

perkara aneh

Gambar: freepik

Menurut petikan artikel Daily Mail, remaja bernama Rachel Ward bangun dari katil kemudian dia memakai pakaian dan berjalan ke tingkap sebelum melompat secara dramatik tanpa sedar.

Dia jatuh 25 kaki ke tanah sehingga membuatkan Rachel dan ibu bapanya berasa cemas dan segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Selepas menjalani beberapa siri ujian, termasuk X-ray dan imbasan CT, doktor menahannya semalaman tetapi tidak menemukan apa-apa yang salah.

“Mereka terkejut dan tidak faham, dia pasti jatuh seperti boneka kain kerana masih tidur.” Rachel menyatakan bahawa dia baik-baik saja dan hanya mengalami sakit belakang ringan daripada pengalaman yang mengejutkan itu!

5. Terjun dari tebing

Semuanya bermula sejurus selepas Ryan Campbell tertidur di buaian dan dia mempunyai tabiat berjalan semasa tidur. Rakan-rakannya melihat dengan terkejut ketika Campbell berjalan ke tebing berhampiran dan jatuh 21 meter ke tanah.

ABC News melaporkan bahawa Campbell bernasib baik, pegawai mendapati dia hanya mengalami kecederaan ringan. Para penyelamat mencatat bahawa Campbell mendarat dengan selamat di semak rhododendron dan bukan di batu-batu yang bertaburan di kawasan itu.

Setelah pulih sepenuhnya, Campbell berjanji tidak akan meletakkan dirinya dalam kedudukan yang membolehkan kejadian itu berulang.

Baca juga: Sudahlah Harum, 5 Khasiat BUAH BERANGAN Ini Jarang Orang Tahu!

Sumber: Liputan 6

FT Image: northropgrumman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×